Saturday, January 30, 2021

KAWALKENCINGMANIS.COM Tawarkan Program Kawal Kencing Manis Secara Percuma!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

KENCING manis atau nama saintifiknya diabetes adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu, menurunkan paras gula dalam darah.

Menurut sumber yang dipercayai, statistik rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis ialah 3.9 juta dan ada separuh daripadanya tidak tahu mereka menghidap penyakit kencing manis. Menurut bekas Menteri Kesihatan, ramalan statistik rakyat Malaysia yang akan menghidap penyakit ini menjelang 2025 ialah sebanyak 7 juta. Fuhhhh banyak bukan? Korang mesti tertanya-tanya apakah punca penyakit kencing manis ini terjadi.

Punca Berlakunya Penyakit Kencing Manis?

1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.
2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.

Senarai diatas merupakan punca-punca penyebab penyakit kencing manis ini terjadi secara keseluruhan. Sebenarnya pelbagai faktor boleh diambil dan menjadi penyebab terjadi penyakit ini. Kini tahap pengambilan makanan dikalangan rakyat Malaysia boleh dikira pada tahap membimbangkan. Pelbagai makanan yang mengandungi gula yang tinggi. 

Kencing Manis Beri Kesan  Buruk Terhadap Virus Covid-19 ?

Korang boleh lihat sendiri daripada statistik kematian akibat covid-19 mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan mempunyai jumlah tertinggi iaitu hampir 70%. Perkara ini amat membimbangkan.(Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020). 

Jenis-Jenis Kencing Manis

 Diabetes jenis 1

Badan (pankreas) tidak dapat menghasilkan insulin sendiri, dan anda memerlukan suntikkan insulin sepanjang hayat anda. Korang juga perlu pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat aktiviti fizikal dan uji gula darah dengan rutin.Biasanya bermula sebelum umur 40 tahun, lebih kerap semasa remaja dan tidak boleh dicegah.

Diabetes jenis 2

Sel-sel badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin.Jenis diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes jenis1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes menghidap diabetes jenis 2.Faktor-faktor risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan tidak membuat aktiviti fisikal.1Pradiabetes (paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa, tetapi tidak cukup tinggi untuk diberi diagnosis diabetes) meningkatkan risiko mendapat diabetes.Jika anda ada pradiabetes, perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke normal.Akhirnya, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun mereka telah membuat perubahan gaya hidup.

 Diabetes gestasi

Paras gula darah meningkat semasa kehamilan.Biasanya berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26 kandungan).Meningkatkan risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan bersalin, dan mendapat diabetes jenis 2 pada masa depan.

Langkah Pencegahan?

Walaupun anda tiada simptom-simptom, anda patut diperiksa jika berat badan anda berlebihan atau obes, dan mempunyai faktor-faktor risiko seperti mempunyai ahli keluarga (ayah, ibu, kakak, abang) yang menghidap diabetes, sejarah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, pernah mengalami diabetes gestasi, mengambil ubat-ubat tertentu, atau tidak ada banyak aktiviti fisikal. Jika semua yang tertera di atas tidak melibatkan anda, anda masih patut diperiksa untuk diabetes setiap tahun jika anda berumur 30 tahun dan lebih.


Berita baik untuk semua, terdapat sebuah platform yang diterajui ahli professional kesihatan yang dikenali sebagai KAWALKENCINGMANIS.COM telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi penyakit ini.

Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021 yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang.
 


Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini, jangan risau dimana korang masih berpeluang mengikuti batch yang seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 March 2021.

Apa tunggu lagi? Jom daftar segera!!!!!!!

Korang berminat dan nak tahu lebih lanjut? Jom layari terus ke




1 comment:

Illya LeYa said...

Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.