Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-6 seluruh umat islam berpuasa bagi tahun 2021 ini. Walaupun tahun ini agak berbeza disebabkan pandemik covid 19 masih melanda tetapi alhamdulillah semua dah boleh keluar dan terus patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung virus covid 19 ini. Korang dah plan nak berbuka bersama keluarga mahupun yang tersayang dimana kali ini? Faries nak kongsi baru-baru ini baru sahaja pergi berbuka di OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw.
Untuk pengetahuan semua, Okad Event Space merupakan tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan, seminar, ulang tahun perkahwinan, majlis harijadi atau apa-apa majlis yang sesuai diadakan disini. Okad event space berkonsepkan dalam taman. Serius cantik untuk korang bergambar.hehehe. Untuk pertama kalinya tahun ini, mereka menawarkan buffet ramadan berkonsepkan "Citarasa Kampung Pemikat Selera".
Bagi pilihan menu makanan pula, Okad menawarkan pilihan makanan citarasa kampung hampir 50 jenis makanan antaranya Nasi Serai Cik Bunga, Daging masak lemak cili padi, Lamb grill, Ayam masak kicap, kuew teow, kuih muih dan banyak lagi.
Nak tahu mengenai harga buffet disini?
Dewasa : RM 65Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 39
Pakej Family
1. Beli 2 Dewasa Percuma 1 Kanak-kank yang berharga RM 1302. Beli 9 Dewasa Percuma 1 Dewasa yang berharga RM 585
Pakej Korporat
1. Beli 10 MejaPercuma:-*1 Meja*Diskaun 10% untuk pembelian berikutnya
Disini juga disediakan tempat solat untuk muslimin dan muslimat serta kemudahan tandas dan parking. Tetamu juga akan dialunkan dengan muzik sepanjang menikmati makanan yang disediakan. Tak lupa juga, SOP disini betul-betul mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jarak kerusi antara satu sama lain pun dalam jarak 1 meter.
Muka kekenyangan Masing-masing. Terima Kasih Okad Event Space |
Nak tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan, Sila hubungi
Cik Az 012-6864515 | Pn Majidah 017-6503436 | Pn Hamidah 012-7350117
https://okad-event-space.business.site
Okad Event Space
16 comments:
Bagusnya review.. boleh buat tempahan untuk syarikat tong roro saya
kalau pi buffet suka sangat kalau ada kuih2 tradisional, tengok menu pun menarik jugak. yang penting sedappp
Sayangnya baru tahu pasal tempat nih. Kalau tak boleh masuk dalam senarai yang saya buat. Best jugak kalau dapat pergi sebab tengok space pun luas dan banyak jugak pilihan makanan . Sesuai dengan harga.
Terkejut baca tadi, sbb masa I commeny ni dah 28/4 so puasa ke 16 dah, tapi tetiba Faries tulis puasa ke-6. Nak menagis dah tadi haha
Tak pernah lagi cuba berbuka d sini, nampak macam menark ke hidanhan dia. Tempat pun nampak best
Amboi pergi makan Okad jauh-jauh tak ajak kita pun huhuhu sedih tau kita nak juga buka puas tempat cantik dan menarik macam ni hehehe...
Menyelerakan semua menu. Macam makan kenduri kan. Mesti sedap. Kalau dekat, akak dah booking tau.
Harga bufet dia murah ye, less than RM100. Berbaloi nie bawa keluarga dan yang tersayang untuk berbuka kan.
Suka tenpat camni, macam dewan orang kawin aje ekk.. menu pun boleh tahan banyak pilihan, dan harga pun masih berkemampuan.. tggu nexy year kalau ada boleh cuba..
Pelbagai hidangan Ada ditawarkan Di sini. Dan semuanya nampak menarik Dan sedap
bagus konsep citarasa kampung ni.. pasti ada yang lama dah tak merasa masakan kampung sejak pandemik ni.. nak balik kampung tak boleh rendah daerah/negeri pulak..
Lawa tempat dia, dekorasi macam nak kawin je..hehee.. Lauk semua nampak sedap.. memang macam lauk kenduri..lama tak pergi buffet
wahh sedapnya makanannya! boleh lah makan dekat sini nnti dengan member. Harga pun takdelah mahal mana. :)
Menarik juga OKAD event space ni kan.. Rupanya banyak pagi event space yang boleh explore ni kat Shah Alam... Boleh try ni sebelum Ramadan berlalu pergi...
Banyaknya menu2 dekat sini. Nampak sedap semuanya. Harga pun sangat berpatutan. Sesuai dan selesa nak bawa keluarga buka dkt sini.
etiqa home insurance
tuntutan insurans
home insurance
belanja
Post a Comment