Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.......
Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ketiga seluruh umat islam berpuasa. Korang dah mula intai-intai nak berbuka dekat luar kan? Yela tahun lepas kan tak boleh berbuka dimana-mana. Ok kalau korang nak berbuka ala makanan western dengan harga berpatutan, Faries nak cadangkan sebuah restoran yang terletak di Shah Alam iaitu WestPlate Factory. Nak tahu apa yang bestnya buffer ramadan yang ditawarkan dekat sini? Ha sebelum tu nak bagitahu, tahun ini merupakan tahun pertama WestPlate menawarkan ramadan buffet taw...
Westplate Factory merupakan sebuah restoran yang menawarkan makanan dengan rasa juadah hidangan timur dan barat yang menampilkan Steak, burger, Pasta serta banyak lagi. Apa yang bestnya lagi, steak disini merupakan antara yang termurah dan boleh tahan rasanya. Dan buat pertama kalinya tahun ini mereka menawarkan buffer ramadan untuk seluruh pelanggan yang ingin berbuka puasa disini.
Terdapat hampir 30++ jenis menu ditawarkan, antararanya Nasi putih, Nasi goreng kmbing, Nasi goreng cina. Rendang Daging, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak, Bubur Kacang Hitam, Bubur Kacang Hijau, Roti John ayam. Roti John Daging, Kek coklat, Buah buahan, Spaghetti Aglio Olio, Sggeti Carbonara, Fries, Wegges, Lamb chop, Steak, Chicken chop, Mushroom soup, Nasi Lemak, Kuih muih, Aneka Kek, Air Sirap, Air Oren, Teh Tarik, Nescafe dan banyak lagi.
Dewasa : RM49.90 per pax
Kanak- Kanak (5-10 tahun) : RM29.90 per pax
*Tempat makan berhawa dingin dicas RM5 per meja.
Harga istimewa early bird RM39.90 untuk seorang dewasa dan Kanak-Kanak:RM20.90 untuk kanak-kanak tempahan sehingga 16 April 2021.
Secara keseluruhannya makanan dekat sini menepati citarasa Faries. Lamb chop, steak dan chicken chop sedap. Harga pun yang paling berpatutan. Persekitaran pun luas dan selesa untuk semua pengunjung. Disini juga disediakan tempat makan berhawa dingin dan tempat makan terbuka. Korang jangan risau pasal surau untuk solat magrib turut disediakan taw.
Nak tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan,
Eliey: 011-5888 1916 | Ashraf: 011-1018 7127 | Syafiq: 011-5110 6995
Ejoi: 019-367 4796 | Etiey: 013-488 2286
Instagram: https://www.instagram.com/westplatefactory
Westplate Factory
102, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
15 comments:
Sis kalau makanan western ni sis kurang tapi bila tengok menu dia ok lah. Sis ni dah lah tekak melayu. Hehe. Lama dah tak turun shah alam ni.
banyaknya menu dia, memang meriah dapat berbuka kat sini. harga pun sangat berbaloi :)
Harga affordable sangat la kalau pilihan makanan macam ni. Nampak sedap sedap plak tu.
RM40 eh? macam berbaloi cuma semua western la kan? sebab tengah survey harga murah juga ni hahaa
Best kan makan kat sini, cipta lebih banyak memori bersama yang tersayang kan. Eh. Awak datang ngan sapa tu? Eh? Bye.
HAEEEI murahnya rm40 ni affordable teruk kalau boleh makan western cenggini memang puas hati la.... bahaya masuk blog ni waktu tengahari bikin lapooorrr
Ok. Murah. Terliur tgk masak lemak tu. Biasa suka menu2 kampung je.
Serius memang murah kot harga buffet dia. Menu bukan sikit tapi lebih dari 30 jenis. Memang berbaloi berbuka dekat sini.
Tak pernah dengar lagi West palte factory. Rharga buffet dia consider murah dah tu
Ok dekat Shah Alam nanti boleh terjah lauk pauk dia semua menarik
Suka makan tempat santai gini, relax ajee.. kena plak banyak menu westernnya, arhh dapnyaa.. nanti nak bagitau anak, dekat tu dengan dia..
Banyak betul hidangan sedap sedap. Suka lah tempat ni. Tenang je. Akak rasa kat Shah Alam buffet Ramadan lebih best dan harga berpatutan. Beruntung korang.
wow now I am hungry! The food at the buffet look so delicious! Worth the money I wish to bring my family there
Menariknya berbuka kat sini.. Nell memang hantu western food ni.. boleh makan buffet macam ni, harga pun sangat berpatutan! Nak plan ngan member2 g sini la nanti..
Okay lah harga dgn menu Dia.. Boleh nnt terjah Nak Makan western food nnt.
Post a Comment