Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Kalau korang ingat lagi yang Faries pernah share pasal Sudio NIO. Kalau belum tahu or baca, korang boleh klik SINI. Sudio baru sahaja melancarkan Sudio CASE bagi pengguna Sudio NIO atau bakal pengguna baru. Cantikkan!Warna hitam tampil lebih stylo dan bergaya. Dan kalau korang nak tahu, Nio CASE ni diperbuat daripada bahan bio kitar semula iaitu menggunakan kulit epal.
Istimewanya case ini ialah, kulit yang digunakan merupakan bahan-bahan vegan. Prosesnya dimulakan dengan pemprosesan kulit epal dari lembah Bolzano yang terletak di antara bukit dan ladang anggur di utara Itali. Kulit ini dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk dijadikan sebagai bahan asas yang akan digabungkan dengan bahan lain yang tidak beracun dan bahan yang organik. Setelah melalui segala proses maka terhasilnya kulit terbiodegradasi yang lebih tahan lama dan lembut apabila disentuh. Ternyata produk ini jauh lebih baik daripada produk kulit lain danni telah diperakui sendiri oleh USDA dan VeganOk.
Nio Case ini sangat sesuai digunakan sebagai casing untuk Sudio Nio yang cukup terkenal dengan rekaannya yang membuatkan pengguna begitu selesa dengan ciri-ciri seperti IPX4, tahan lasak, kalis air dan menawarkan teknologi mikrofon dwi adaptif. Selain daripada itu, ianya mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Memang sangat praktikal :-)
Berita baik! Sekarang ini @sudio_collabs_my telah mengadakan promosi yang cukup menarik tau. Korang boleh dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian Sudio NIO dengan hanya memasukkan diskaun kod : NIOCASE .
Selain itu dengan setiap pembelian akan diberikan secara PERCUMA vegan friendly NIO Case for NIO. Tawaran ini untuk pembelian (Beli Di sini - https://www.sudio.com/my/) pada tempoh ini 10 Mei - 6 Jun 2021.
PENGHANTARAN adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia dan di mana sahaja (worldwide). Diberi juga 3 tahun waranti dari Sudio Sphere. Terbaik!
13 comments:
That Studio Nio casing looks so sophisticated. I think I need to get my Studio Nio this casing too. Thank you for sharing.
elok ada case. molek cantik plak tu rekaannya.
bila letak dlm bag, terutama perempuan, mesti ada case.
if not, pepaham je la.
aida ada gak wireless earphone gini. brand biasa je.
pakai time dlm kereta je dulu. now, tiap hari pakai sebab meeting kat rumah.
faham2 aje la :) kerja di rumah, sound nyer lain mcm, kan hi hi hi...
Lega sebab dah ada case dia sekarang, takde la daku letak dalam pouch kain seperti sebelum nie hahaha
Nice la case ni. Tapi akak tak pernah guna lagi koleksi Studio Nio ni. Lawa-lawa dan bikin terpesona mata yang memandang.
Nice jugak casing dia. Tak pernah try lagi brand ni. Macam boleh beli je sebab memang tengah survey pun ni.
Memang bestkan.. sekarang dah ada case mudah nak sumbat memana, kalau jatuh pun tak risau dah..
cantik nio case ni, iena pun ada satu nio case ni..takde la rosak sudio nio iena hehe
menarik la casing dia, memang berguna dan senang dibawa kemana-mana takde la tercicir atau terselit kat sana sini..
Menarik..
Diperbuat dari kulit epal??
Macam tak percaya je. Hihihi
Unik pulak..
very nice stylish design of this earbuds, also love its leather protection for the casing. cheers, siennylovesdrawing
Best la kan ada casing tersendiri.. pernah tengok my friend punya Sudio terjatuh and calar ye! terus beli casing tapi pening juga mencari, takut tak fit dll. good to know Sudio ada keluaran casing mereka sendiri.. confirm muat and fit!
Comelnyaaa sudio case nih. Rasa nak beli jugaklah tapi kalau boleh nak 1 set terus. Tapi nak kumpul duit dululah .
I have a unit of NIO and the casing also, memang best design and kualiti dia.
Post a Comment