Sunday, June 27, 2021

True Aussie Beef Memperkenalkan Daging Import Berkualiti Tinggi Dari Negara Australia

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera....


Makanan barat ataupun lebih dikenali hidangan 'western' sudah sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Pilihan untuk menikmati makanan tradisional ataupun western menjadi pilihan rata-rata penduduk disini. Siapa dekat sini pengemar stik? Kalau korang minat, korang mesti tahu cara memilih daging yang segar dan berkualiti tinggi. Macam Faries sendiri tak kesah asal daging tu lembut dan rasa juicy pun dah dikira sedap... Korang pernah cuba daging dari negara Australia? Daging lembu Australia kini sangat terkenal dan dipromosikan menggunakan jenama dan logo True Aussie Beef di pasaran antarabangsa.

Industri daging merah Australia mempunyai reputasi global sebagai pembekal produk yang bersih, selamat dan semula jadi, disokong sepenuhnya dengan disease-free status dan sistem keselamatan dan integriti makanan yang maju.


Menurut Pengarah Urusan Meat & Livestock Australia (MLA), Jason Strong, industri daging merah (Australia’s red meat industry) Australia merupakan antara yang mempunyai sistem pengeluaran daging terkemuka di dunia. Bukan sahaja dapat memenuhi kehendak separuh tanah besar penduduk Australia bahkan masyarakat dunia






MLA baru-baru ini telah melancarkan “Red Meat, Green Facts” bersempena kempen Beef Australia 2021. Di mana telah disediakan pocket guided “fakta pantas” dan penyediaan sumber dalam talian maklumat penting mengenai pengeluaran lembu, biri-biri dan kambing di Australia. Dengan memberi fokus khusus pada kesejahteraan haiwan, melindungi persekitaran dan kesihatan serta pemakanan.


Selain itu MLA juga terlibat didalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) keselamatan makanan rantaian bagi menyokong akses pasaran untuk industri daging merah Australia dengan meningkatkan integriti produk. Tidak dinafikan daging lembu memainkan peranan penting sebagai salah satu sumber makanan di Malaysia, terutama di kalangan pengguna orang Islam. Daging lembu Australia yang diimport ke Malaysia sememangnya mematuhi undang-undang, mengikuti standard ketat yang diperlukan untuk menghasilkan daging dan produk daging yang halal, dengan penglibatan dan kepakaran organisasi Islam dalam menyelia dan memperakui proses pengeluaran.

Webinar Beef Up Bersama Media


Pada minggu lepas bertarikh 19 Jun 2021, True Aussie Beef telah mengadakan satu webinar bersama media. Pelbagai informasi yang telah dikongsi terutama dalam memahami kebaikan daging lembu dari Australia. Antaranya adalah dari Mr. Sanjay Boothalingam (Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission), Madam Mary Easaw (Pakar Perunding Diet) dan Chef Victor Chow.

Sanjay Boothalingam berkongsi bagaimana daging lembu dan kambing Australia menjaga kualiti, dan mematuhi garis panduan halal. Manakala Madam Mary Easaw membincangkan mengenai pemakanan daging lembu, menekankan kualiti dan kebaikan daging dari sudut kesihatan, mengapa kita memerlukan daging merah dan bagaimana ia memberi manfaat kepada kita.

Chef Victor Chow pula berkongsi idea resepi dan petua memasak daging lembu yang ringkas dan praktikal. Chef juga ada membuat demonstrasi masakan terutama cara mengendalikan daging lembu untuk mengekalkan khasiatnya. Ini terutama bagaimana cara memasak daging lembu dengan betul.


Fakta Hijau Ladang Lembu Australia

*Mengurangkan separuh gas rumah hijau (Gas Rumah Hijau) sejak tahun 2005
*Ternakan merumput mengeluarkan gas rumah hijau dari udara dengan merangsang pertumbuhan tanaman yang mempercepat penyerapan karbon dioksida dari udara menjadi karbon dalam tanaman dan tanah.
*Metana dari lembu dipecah menjadi karbon dioksida setelah 10-12 tahun yang dikitar semula oleh tanah dan tumbuhan yang dimakan oleh lembu, domba dan kambing.



Kalau korang tengok gambar pertama kat atas tu, korang akan nampak Faries masak sendiri Lamb Racks yang Faries dapat daripada True Aussie Beef ni. Series daging dia lembut dan juicy betul. Senang je masak. Faries buat resepi Roasted Lamb Racks dengan Mash Potato. Kalau nak tengok video korang boleh checkout di IG Faries.

Untuk maklumat lanjut,

2 comments:

PDD said...

sedapnyaaaa....:D

Syu Deris said...

Salam perkenalan.Akak follow sebagai tanda sokongan.Jemput singgah blog akak https://www.syuderis.com/