Sunday, August 29, 2021

Mindful Muslim Aplikasi Pintar Membantu Memperbaiki Emosi dan Jiwa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak pandemik covid 19 melanda dunia, kita semua telah arahkan untuk berkurung dirumah untuk mengelakkan wabak ini makin bertambah teruk. Sudah hampir 2 tahun wabak ini melanda, tetapi pandemik ini nampaknya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Faries sendiri mengalami tekanan teruk akibat bekerja dari rumah dan terpaksa berkurung. Aktiviti-aktiviti yang biasa kita semua lakukan sebelum pandemik ini melanda sudah tak boleh dilakukan lagi dan ini menambah tekanan emosi kepada semua. Alhamdulilllah baru-baru ini, Faries terjumpa satu aplikasi pintar yang sangat membantu sedikit sebanyak mengisi jiwa iaitu aplikasi Mindful Muslim.

Untuk pengetahuan semua, Mindful Muslim adalah satu inovasi applikasi ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga sahabat handai. Beliau berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.


Aplikasi ini masih baru. Ianya mula diperkenalkan pada Mac 2020 dan apa yang lebih menarik ini merupakan aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan islam di dunia. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Lebih membanggakan aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge. Biarpun agak baru namun penerimaan dan penggunaan aplikasi ini sebenarnya sudah meluas. Kini dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Merujuk kepada statistik, pengguna yang muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates. 

Apa yang bestnya pasal Mindful Muslim ini ialah terdapat pelbagai bahan bacaan berteraskan islam dan semua  pengisian  di aplikasi memang padat dan boleh mengurangkan rasa tekanan apatah lagi dengan kehadiran bunyian alam semula jadi yang cukup menenangkan.

➤ Ayat al-Quran
➤ Zikir
➤ kisah-kisah para Nabi
➤ Ceramah motivasi
➤ Bacaan rukyah dan doa-doa khas

Pengisian applikasi memang padat dan boleh mengurangkan rasa tekanan. Faries sendiri suka dengan alunan Al- Quran serta penceritaan berkaitan kisah-kisah para nabi. Alhamdulillah rasa tenang dan gembira dapat belajar banyak benda daripada kisah dan teladan Rasulullah SAW.

Mari kita explore serba sedikit apa yang terdapat didalam applikasi mindful muslim ini.



Jom muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-




Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini ianya boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.


11 comments:

Balqis Athirah said...

Baca artikel ni terus download. Dan terus jatuh cinta dengan aplikasi ni. Memang bagus sebab spesifik doa dia. Suka dengar ulang-ulang doa dilimpahkan rezeki dan bebas hutang tu. Selalu buka ayat suci penghalang gangguan jin juga. Alhamdulillah dah kurang gangguan kat rumah

Fadima Mooneira said...

This app looks like a must-have. I will check it out later. Thank you for sharing this information and review.

AyuArjuna BiGoshh said...

apps yg sangat bagus yg boleh dijadikan pendamping. boleh membantu kita untuk hilang rasa keresahan

Sis Lin said...

Sampai sekarang masih lagi guna apps ni, terapi minda betul sebelum tidur.. kadang time blur tu, bukak dan dengar pasti akan tenang je jiwa..

Cik Min said...

I pun guna apps ni. So far memang sgt bagus dan memang kalo tak leh tdo akan pasang .

Sunshine Kelly said...

Bagus app macam ni especially someone is down or stress during this pandemic period.

Ruby said...

Aplikasi Mindful Muslim ni kalau benar-benar guna, banyak perubahan dalam kehidupan akan berlaku. Tidur tenang. Bangun tidur pun segar. Sebenarnya sebelum tidur kita perlu kosongkan minda dari fikir what next what next. So, hari esok akan lebih bermakna. Amalkan k.

Nina Mirza said...

Kak Nina pun dah install. Memang amat bermanfaat terutama waktu susah nak tido. Alhamdulillah hilang rasa resah, lebih tenang

Chaycya O Simanjuntak said...

Mindfull Moslim ini terkenal di Malaysia. We need that untuk mendamaikan hati kita dengan faitfull.

Ika.S said...

Kejap lagi nak download la sebab ini yang diperlukan buat masa sekarang. terimakasih atas perkongsian :)

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators