Saturday, October 30, 2021

Dayang Bunting Campsite,Tempat Tarikan Terbaru Aktiviti Camping di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aktiviti camping atau lebih mesra dipanggil sebagai aktiviti perkhemahan kini merupakan aktiviti paling popular semenjak pandemik covid 19 melanda. Aktiviti ini boleh dikatakan lebih mencabar dan yakni boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan kawan-kawan berbanding menginap di hotel-hotel mewah. Baru-baru ini Faries dapat merasai sendiri aktiviti camping di Pulau Langkawi iaitu di Dayang Bunting Campsite. Korang mesti tertanya-tanya dimana lokasi sebenar tempat ini kan?

Untuk pengetahuan korang, tempat camping ini bukan di kawasan tasik dayang bunting taw tetapi di kawasan persendirian yang terletak di Pantai Kok, Pulau Dayang Bunting. Kalau korang nak kesini, korang kena naik bot dari jeti pekan rabu. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke sini.


Lokasi Dayang Bunting Campsite daripada Google Maps
Lokasi Dayang Bunting Campsite daripada Google Maps

Dayang Bunting Campsite

Inilah pemandangan keseluruhan tempat ini. Cantik bukan tempat ni? Disini memang sesuai untuk korang lakukan aktiviti camping bersama kawan-kawan dan keluarga. Terdapat beberapa kemudahan asas disediakan disini seperti tandas, tempat memasak, tempat berteduh yang sangat luas berserta meja dan tempat duduk serta pemandangan laut menghadap pekan kuah yang sangat cantik terutama pada waktu malam. Oh lupa nak bagitahu, dekat sini tiada kemudahan elektrik jadi korang kena prepare lampu torchlight atau bawa powerbank untuk cas telefon bimbit korang. Untuk coverage tiada masalah, Korang dapat access internet.

Kami semua bercamping disini selama 1 malam sahaja. Aktiviti kami disini setelah sampai, kami terus membahagikan tugas untuk penyediaan BBQ, memasang khemah dan menyalakan unggun api. Faries join aktiviti memasak, kami dah bawa siap-siap barang untuk BBQ dan hanya tinggal sediakan perapan sahaja. Pada waktu malam selepas makan, kami semua meluangkan masa berbual2 ditepi pantai sambil melihat lampu-lampu di pekan Kuah. Memang cantik.




Kawasan ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti camping sebab tenang je. Deruan ombak juga tak kuat sangat. Pantai pun cantik dan jernih taw. Semasa air surut, korang boleh cari kepah taw di tepi-tepi pantai. Korang juga boleh mandi dan berkayak di kawasan ini.


Suasana Malam


Dayang Bunting Campsite

Bagi peminat aktiviti camping, Dayang Bunting Campsite ni merupakan tempat menarik dan wajib untuk korang singgah. Jangan lupa sediakan segala keperluan camping sebaiknya.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi no dibawah:

+60134323268- PK
+60182404505- Adam Daniel

5 comments:

Rawlins GLAM said...

Best yer berkhemah bersama kat situ. Teringat kenangan pertama berkhemah di Janda Baik. Eh. Hehe

仙妮 said...

Yeah! Langkawi always is a good island to hop on for cuti cuti Malaysia, can't wait to revisit Langkawi & do camping too. Cheers Siennylovesdrawing

Wai Yee aka Rane said...

so enjoy moment there! I miss travel to Langkawi. Nice la can camp there now right

Zharif Azis said...

Best !! Banyak kenangan tercipta dekat sini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators