Saturday, October 30, 2021

Pengalaman Pertama Terbang Bersama Firefly ke Langkawi

 Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua...

Semenjak sempadan negeri dibuka, orang ramai berpusu-pusu dan tak lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti yang selama ini terhenti disebabkan pandemik covid 19. Diharapakan kita semua kekal menjaga SOP dan kita boleh kembali hidup normal seperti dahulu. Nak cerita dekat sini, baru-baru ini Faries dan kawan-kawan pergi ke Pulau Langkawi tapi yang menariknya ialah ini kali pertama Faries terbang bersama Firefly Airlines. Nak tahu pengalaman Faries terbang bersama Firefly? Jom teruskan membaca...


Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita lihat sikit latar belakang Firefly yang merupakan sebuah syarikat penerbangan tambah murah di bawah subsidiari Penerbangan Malaysia. Ia memulakan operasinya ke enam destinasi dari hab Pulau Pinang dan Subang Malaysia. Firefly menyediakan penerbangan harga murah ke destinasi pelancong domestik di Malaysia dan juga Thailand. Firefly juga menawarkan harga tiket yang rendah.

Dan kalau korang nak tahu, Firefly terbang daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali dengan lapangan terbang Subang. Ini merupakan pangalaman pertama Faries terbang daripada sini. Maklumlah selalu kita naik dari KLIA je.hehehe

Kami semua dijadualkan terbang pada jam 10.00 pagi dan urusan daftar masuk bagasi pun lancar dan cepat. Faries tiba di airport seawal jam 6.40 pagi memandangkan kami semua dari Banting. Tiket kami semua termasuk 20kg checked baggage. Memandangkan airport subang ni tidak berapa besar. Untuk daftar masuk beg, persediaan dalam masa 2 jam atau 1 jam 30 minit sudah memadai. Kalau lagi cepat lagi bagus.



Selesai daftar masuk beg, kami semua terus ke pintu masuk dan pergi ke ruangan menunggu. Alhamdulillah tiada kelewatan dan kami terbang pada waktunya. Kalau korang nak tahu, Firefly menggunakan pesawat jenis ATR-72 500: 12. Pesawat kecil tetapi selesa dimana tempat duduk dan ruang kaki agak luas. Penerbangan ini mengambil masa 1jam 15 minit daripada lapangan terbang Subang ke Langkawi.

Panduan keselamatan khas bagi mencegah wabak covid 19 turut dititik beratkan. Pemakaian pelitup muka diwajibkan sepanjang perjalanan, boleh ditanggalkan ketika makan dan proses pengecaman muka di kaunter daftar masuk.


Semasa di atas pesawat, terdapat dua orang pramugari memperagakan pakaian seragam Firefly berwarna oren. Faries memang suka warna oren ni sebab nampak menarik sangat. Layanan sangat mesra dan kami semua dihidangkan dengan makanan ringan iaitu air mineral, kacang masin dan juga biskut coklat. Mereka juga menjual barangan merchandise Firefly. Cantik- cantik barangan yang dijual dan yang penting harga berpatutan.




Setelah 1 jam 15 minit kami semua tiba di Pulau Langkawi. Kami sampai dengan selamatnya. Terima kasih Firefly. Bermulalah aktiviti kami semua meneroka Pulau Langkawi untuk 6 hari 5 malam.hehehe.

Bagi perjalanan balik, semuanya berjalan lancar dan walaupun terdapat sedikit kelewatan dalam masa 30 minit. Serius rasa seronok naik Firefly sebab selesa dan layanan crew yang ramah dan professional. Nanti ada masa lagi nanti kita bertemu lagi Firefly.


Kalau korang nak buat tempahan atau nak tahu lebih lanjut mengenai Firefly, korang boleh layari


2 comments:

Syu Deris said...

Wow, seronoknya. Senang naik flight kan. Tak payah nak drive jejauh sampai ke Jeti Kuala Kedah & Kuala Perlis dah semata-mata nak ke Langkawi😊.

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators