Friday, November 12, 2021

Biogeotrail Kubang Badak- Destinasi Terbaru Eko-Pelancongan Di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aktiviti eko-pelancongan adalah satu aktiviti yang dapat memupuk pemahaman, penghargaan dan pemuliharaan alam sekitar dan budaya.Dengan kata lain adalah untuk mendidik para pelancong, menyediakan dana untuk pemuliharaan ekologi, bagi memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan ekonomi dan pemerkasaan politik masyarakat setempat atau untuk memupuk rasa hormat terhadap budaya yang berlainan dan hak asasi manusia. Kini, ramai diantara masyarakat kita gemar akan aktiviti sebegini seperti melihat kawasan hutan, sungai, gua dan banyak lagi tempat-tempat sejarah yang ada di dunia ini.

Seperti yang korang sedia maklum, Faries dan kawan-kawan telah ikut serta FAM trip ke Pulau Langkawi. Kami semua dibawa ke Kubang Badak Biogeotrail pada hari kedua kami disana dan untuk makluman korang semua, ini kali pertama Faries ke sini walaupun sudah hampir 5 kali menjejakkan kaki di Pulau lagenda ini. Kebiasaannya kita biasa dengar dan buat aktiviti eko pelancongan dekat sini seperti pergi island hopping dan mangrove tour tapi kali ni Faries nak cadangkan korang cuba aktiviti Biogeotrail Excurtion ni. 

Setibanya kami di Jeti Kubang Badak, kami dapat lihat hamparan poster yang menyenaraikan tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati disini dan kesemuanya ada 12 tempat. Memang betul Pulau Langkawi ini menjadi Pulau yang bertuah dan cantik sebab memang betul-betul banyak tempat eko pelancongan yang boleh kita lawati. Korang boleh tengok tempat-tempat yang ada disini dibawah:

1. Kampung Kubang Badak

2. Jeti Nelayan Kubang Badak

3. Pulau Kubang Badak

4. Mata Air Panas

5. Pulau Jemuruk

6. Tanjung Buta

7. Titik Pandang Landskap

8. Beting Pasir

9. Bukit Menora

10. Tapak  Kebuk Arang Lama 

11. Gua Pinang

12. Sungai Siam

Aktiviti Biogeotrail ini akan menggunakan bot sebagai pengangkutan utama menyelusuri sungai dan laut. Kalau korang nak tahu, kami semua tidak pergi ke semua 12 tempat ini diatas kekangan masa tetapi Faries nak cerita banyak tempat menarik yang kami lawati semasa menyertai aktiviti Biogeotrail ini.

Sungai Kubang Badak

Pemulaan perjalanan aktiviti ini, kami semua menyelusuri sungai Kubang Badak dan melihat sendiri kecantikan pokok kayu bakau disepanjang sungai. Cantik je kawasan disini dan sangat tenang.

Bukit Menora

Bukit Menora adalah satu bukit didalam kepulauan kecil yang terletak di Sungai Siam. Menurut cerita zaman dahulu, tempat ini merupakan tempat beraktiviti masyarakatan di sini dan salah satu aktiviti di lakukan di Bukit Menora ini adalah persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.

Sungai Siam

Disini, korang akan lalu satu sungai yang dinamakan sebagai sungai siam. Atas faktor geografi dimana negara Thailand berdekatan dengan Pulau Langkawi dan cerita dulu-dulu dikawasan ini merupakan tempat tinggal orang siam.

Beting Pasir


Tempat ini akan terlihat apabila air sungai surut. Terdapat anak-anak pokok bakau yang sedang tumbuh disini. Dimaklumkan, usaha menanam pokok bakau ini telah lama dan hasilnya cuma tinggal beberapa yang hidup dan keadaan anak-anak pokok bakau ini masih kecil. Kami sempat turun dan melihat sendiri anak-anak pokok bakau ini. Serius cantik! Kami berada disini dalam 10 minit dan air sungai mula menaik dan kami terpaksa beredar.

Kebuk Arang Lama


Ini merupakan tapak bekas pembuatan arang. Baru tahu rupanya nak hasilkan arang kena jauh dari tempat penempatan masyarakat. hehehe. Tak de ini saja-saja buat teori sendiri. Dekat sini rasanya terdapat hampir dua tempat penghasilan arang dan kewujudan tempat ini dah hampir 100 tahun taw.



Gua Pinang


Kami dibawa ke tempat seterusnya iaitu Gua Pinang atau dipanggil sebagai Bat Cave. Perjalanan dari jeti ke Gua ini mengambil masa dalam 5-8 minit dan disini tempat OOTD cantik sangat. Dekat sini korang dapat lihat habitat kelawar taw. Serius memang banyak sangat kelawar disini.

Kalau korang nak tahu, Gua Pinang ini merupakan tinggalan gua laut kuno yang terbentuk akibat proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter tinggi daripada sekarang iaitu sekitar 6,000 tahun yang lalu.



Pulau Jemuruk

Untuk aktiviti mandi pula, di pulau jemuruk ni cantik juga lebih kurang pulau beras basah tapi sini sangat privacy sebab tak ramai orang. Buat korang yang tak suka tu bersesak tu boleh cuba aktiviti biogeotrail ini sebab korang akan dibawa kesini.



Makan di Nelayan Kubang Badak Cafe

Selesai aktiviti Biogeotrail ini, setibanya kami di jeti. Kami menikmati makanan di Nelayan KB CafeMenu istimewanya ialah beronok. Korang tahu tak beronok ni apa? Ianya sejenis gamat yang dimasak. Rasa dia not bad dan makanan lain turut disediakan seperti gulai ikan dan ulam -ulaman. Kami semua melantak sampai abis sebab sedap sangat.hihihi



Secara keseluruhannya memang puas hati abiskan masa hampir 3 jam sertai aktiviti Biogeotrail ini. Korang kena pergi sini kalau datang ke Langkawi.

Pakej dan Harga seperti tertera dibawah: 


[FAM Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel]