Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aktiviti eko-pelancongan adalah satu aktiviti yang dapat memupuk pemahaman, penghargaan dan pemuliharaan alam sekitar dan budaya.Dengan kata lain adalah untuk mendidik para pelancong, menyediakan dana untuk pemuliharaan ekologi, bagi memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan ekonomi dan pemerkasaan politik masyarakat setempat atau untuk memupuk rasa hormat terhadap budaya yang berlainan dan hak asasi manusia. Kini, ramai diantara masyarakat kita gemar akan aktiviti sebegini seperti melihat kawasan hutan, sungai, gua dan banyak lagi tempat-tempat sejarah yang ada di dunia ini.
Seperti yang korang sedia maklum, Faries dan kawan-kawan telah ikut serta FAM trip ke Pulau Langkawi. Kami semua dibawa ke Kubang Badak Biogeotrail pada hari kedua kami disana dan untuk makluman korang semua, ini kali pertama Faries ke sini walaupun sudah hampir 5 kali menjejakkan kaki di Pulau lagenda ini. Kebiasaannya kita biasa dengar dan buat aktiviti eko pelancongan dekat sini seperti pergi island hopping dan mangrove tour tapi kali ni Faries nak cadangkan korang cuba aktiviti Biogeotrail Excurtion ni.
Setibanya kami di Jeti Kubang Badak, kami dapat lihat hamparan poster yang menyenaraikan tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati disini dan kesemuanya ada 12 tempat. Memang betul Pulau Langkawi ini menjadi Pulau yang bertuah dan cantik sebab memang betul-betul banyak tempat eko pelancongan yang boleh kita lawati. Korang boleh tengok tempat-tempat yang ada disini dibawah:
1. Kampung Kubang Badak
2. Jeti Nelayan Kubang Badak
3. Pulau Kubang Badak
4. Mata Air Panas
6. Tanjung Buta
7. Titik Pandang Landskap
8. Beting Pasir
9. Bukit Menora
10. Tapak Kebuk Arang Lama
11. Gua Pinang
12. Sungai Siam
Aktiviti Biogeotrail ini akan menggunakan bot sebagai pengangkutan utama menyelusuri sungai dan laut. Kalau korang nak tahu, kami semua tidak pergi ke semua 12 tempat ini diatas kekangan masa tetapi Faries nak cerita banyak tempat menarik yang kami lawati semasa menyertai aktiviti Biogeotrail ini.
Sungai Kubang Badak
Pemulaan perjalanan aktiviti ini, kami semua menyelusuri sungai Kubang Badak dan melihat sendiri kecantikan pokok kayu bakau disepanjang sungai. Cantik je kawasan disini dan sangat tenang.
Bukit Menora
Bukit Menora adalah satu bukit didalam kepulauan kecil yang terletak di Sungai Siam. Menurut cerita zaman dahulu, tempat ini merupakan tempat beraktiviti masyarakatan di sini dan salah satu aktiviti di lakukan di Bukit Menora ini adalah persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.Sungai Siam
Disini, korang akan lalu satu sungai yang dinamakan sebagai sungai siam. Atas faktor geografi dimana negara Thailand berdekatan dengan Pulau Langkawi dan cerita dulu-dulu dikawasan ini merupakan tempat tinggal orang siam.
Beting Pasir
1 comment:
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment