Wednesday, November 10, 2021

Tempat-Tempat Menarik Wajib Dilawati Di Pulau Langkawi Pasca Pandemik Covid 19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini nak cerita percutian Faries di Pulau Langkawi pada dua minggu yang lepas, tak habis lagi taw.hehehe. Buat pembaca yang dah baca entri sebelum-sebelum ni mesti dah tahu Faries telah sertai satu FAM trip ke Pulau Langkawi. Sebelum-sebelum ini, Faries ada cerita pasal tempat penginapan, pengalaman naik cruise, naik Firefly dan juga pengalaman bercamping di Langkawi. Harini, Faries nak cerita lagi tempat-tempat menarik terkini yang korang wajib lawati kalau datang ke Langkawi.

Sejak kebenaran rentas negeri pada 16 September dibenarkan ke Pulau Langkawi bagi projek gelembung pelancongan, orang ramai berpusu-pusu datang ke Pulau Langkawi, walhal keadaan sebelum ini di Langkawi semasa kerajaan tidak membenarkan rentas negeri adalah sangat teruk. Banyak hotel, kedai dan tempat pelancongan tutup disebabkan tiada pelancong. Alhamdulillah, kini Langkawi sudah mula menunjukkan perubahan yang baik dengan pertambahan pelancong hari demi hari.  Semoga pandemik covid 19 terus hilang dan Pulau Langkawi serta tempat-tempat pelancongan lain boleh beroperasi seperti dahulu kala.

Ok tanpa berlengah masa jom kita tengok tempat tempat yang korang wajib lawati kalau korang datang ke Pulau Langkawi selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan semenjak 16 september yang lalu atau Faries panggil pasca covid 19 .

Kota Mahsuri



Tempat seterusnya ialah tempat wajib  datang dan sangat popular iaitu Kota Mahsuri. Sebelum ini tempat ini kenali sebagai Makam Mahsuri, kini atas inisiatif untuk merubah nama tempat ini ke Kota Mahsuri. Untuk maklumat korang semua, tempat ini masih didalam fasa naiktaraf tetapi korang masih boleh lawat dan hayati sendiri kisah wanita bernama Mahsuri. 

Sunset Pantai Tengah


Nak tengok sunset di Pulau Langkawi? Korang kena datang dekat sini sebab view sunset dari sini sangat cantik. Tenang je  dan memang ramai orang dekat sini taw.  Korang boleh dinner terus di Warung Upih Ikan Bakar Seafood.


SkyCab- Panorama Langkawi



Ini tempat paling popular di Langkawi. Kalau korang tak datang sini memang rugilah terutama untuk yang pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pemandangan daripada atas gunung mat cincang sangat cantik. Kawasan ini terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Sepanjang 20 minit perjalanan, korang akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Korang juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.

Selain itu, tiket korang beli kat sini biasanya sekali dengan tempat SkyDome + Skyrex + Kemasukan ke 3D Art Langkawi. Jadi, korang kena pergi tempat-tempat ini juga setelah korang turun nanti. Serius best, Nak bergambar banyak-banyak boleh pergi ke 3D art.hehehe

Lupa nak ingatkan, pemakaian mask/penutup muka diwajibkan taw. Dekat sini sangat ramai, Kalau boleh pakailah mask tu tiap masa walaupun bergambar, Kita jaga sesama kita dan elakkan penyebaran virus covid 19 ini.

Paradise 101


Mungkin ramai antara kita yang tak pernah tau kewujudan pulau buatan ni, kan? Faries pun baru tahu. Tapi kalau korang nak tahu, dari atas gunung mat cincang tu korang dah boleh nampak dua pulau ini.





Paradise 101 adalah pulau persendirian dan pulau buatan manusia. Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd, ianya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar, dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski, main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk mengadakan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya,

Kalau korang tak nak buat apa-apa aktiviti disini, korang boleh je pergi dan bayar RM 30 dapat return boat sekali. Dekat sini nak OOTD cantik taw.hehehe

Nasi Dagang Pak Malau


Para penggemar nasi dagang, korang mesti sudah pasti kenal dengan tempat ini. Untuk mereka yang belum tahu, kedai yang dimaksudkan itu adalah Nasi Dagang Pak Malau. Apa yang istimewa di kedai ini?
Nasi dagang di sini merupakan nasi dagang yang asli dan ia sangat sedap. Kalau korang makan nasinya sahaja pun, anda dapat merasai kesedapannya. Apatah lagi kalau makan dengan lauknya kan? Faries sendiri pun bukan pengemar nasi dagang tapi alhamdulillah dah 3 kali datang ke sini. Memang sedapp!



Nasi dagang ini dilengkapi dengan pelbagai pilihan lauk. Antara pilihan lauk yang ada adalah kambing kurma, ikan/ayam gulai, daging kerutup dan akhir sekali ayam goreng berempah. Semua masakan gulainya sangat ‘padu’ dan yang paling penting, ia sememangnya sedap.Sayur acar juga akan dihidangkan bersama dengan nasi dagang. Jadi ‘meal’ anda akan mempunyai pilihan lauk dan juga sayur.

Bukan itu sahaja taw, korang juga akan disajikan dengan pemandangan gunung yang sangat cantik dekat sini. Restoran ini berdekatan dengan sawah padi. Nak OOTD boleh la nanti. Jangan lupa ambik gambar dengan Pak Malau taw untuk kenang kenangan. hehehe


Kedai Gamat 




Kalau datang sini tak sah la kalau tak dapatkan minyak yang berasasakan dari gamat kan. Faries haritu sempat beli beberapa minyak gamat di tempat baru iaitu di Kedai Gamat Gemilang. Pertama kali datang dekat sini. Berhampiran dengan makam mahsuri. Korang boleh la singgah sini nanti.

Ayun-Ayung The Swing @ Langkawi


Ini merupakan tarikan terbaru yang masih didalam pembinaan. Korang kena datang sini nanti bila tempat ni dah buka taw. Sangat cantik view dari sini korang boleh nampak laut andaman Thailand. Buat korang yang gila bergambar, sini merupakan spot paling cantik untuk korang. Lokasinya terletak di Ayer Hangat, Pulau Langkawi.

Macam mana? Korang teruja tak dengan tempat-tempat yang Faries cadangkan untuk korang pergi? Walaupun semua tempat pelancongan terkesan sejak adanya pandemik covid 19 ini. Masih ada tempat menarik dan yang baru untuk kita lawati. Jom sama-sama kita bantu industri pelancongan yang dah terjejas hampir dua tahun ini.

Kalau korang tahu lanjut tempat menarik dan pakej ditawarkan boleh hubungi:

(QTT)- 0134323268

[FAM Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel]

2 comments:

Remarkable Borneo said...

Terima Kasih atas perkongsian tempat-tempat untuk dilawati di sekitar Langkawi... Lain kali kena try pula dekat sini

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators