Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini nak cerita percutian Faries di Pulau Langkawi pada dua minggu yang lepas, tak habis lagi taw.hehehe. Buat pembaca yang dah baca entri sebelum-sebelum ni mesti dah tahu Faries telah sertai satu FAM trip ke Pulau Langkawi. Sebelum-sebelum ini, Faries ada cerita pasal tempat penginapan, pengalaman naik cruise, naik Firefly dan juga pengalaman bercamping di Langkawi. Harini, Faries nak cerita lagi tempat-tempat menarik terkini yang korang wajib lawati kalau datang ke Langkawi.
Sejak kebenaran rentas negeri pada 16 September dibenarkan ke Pulau Langkawi bagi projek gelembung pelancongan, orang ramai berpusu-pusu datang ke Pulau Langkawi, walhal keadaan sebelum ini di Langkawi semasa kerajaan tidak membenarkan rentas negeri adalah sangat teruk. Banyak hotel, kedai dan tempat pelancongan tutup disebabkan tiada pelancong. Alhamdulillah, kini Langkawi sudah mula menunjukkan perubahan yang baik dengan pertambahan pelancong hari demi hari. Semoga pandemik covid 19 terus hilang dan Pulau Langkawi serta tempat-tempat pelancongan lain boleh beroperasi seperti dahulu kala.
Ok tanpa berlengah masa jom kita tengok tempat tempat yang korang wajib lawati kalau korang datang ke Pulau Langkawi selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan semenjak 16 september yang lalu atau Faries panggil pasca covid 19 .
Kota Mahsuri
Tempat seterusnya ialah tempat wajib datang dan sangat popular iaitu Kota Mahsuri. Sebelum ini tempat ini kenali sebagai Makam Mahsuri, kini atas inisiatif untuk merubah nama tempat ini ke Kota Mahsuri. Untuk maklumat korang semua, tempat ini masih didalam fasa naiktaraf tetapi korang masih boleh lawat dan hayati sendiri kisah wanita bernama Mahsuri.
Sunset Pantai Tengah
Nak tengok sunset di Pulau Langkawi? Korang kena datang dekat sini sebab view sunset dari sini sangat cantik. Tenang je dan memang ramai orang dekat sini taw. Korang boleh dinner terus di Warung Upih Ikan Bakar Seafood.
SkyCab- Panorama Langkawi
Ini tempat paling popular di Langkawi. Kalau korang tak datang sini memang rugilah terutama untuk yang pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pemandangan daripada atas gunung mat cincang sangat cantik. Kawasan ini terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Sepanjang 20 minit perjalanan, korang akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Korang juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.
Selain itu, tiket korang beli kat sini biasanya sekali dengan tempat SkyDome + Skyrex + Kemasukan ke 3D Art Langkawi. Jadi, korang kena pergi tempat-tempat ini juga setelah korang turun nanti. Serius best, Nak bergambar banyak-banyak boleh pergi ke 3D art.hehehe
Lupa nak ingatkan, pemakaian mask/penutup muka diwajibkan taw. Dekat sini sangat ramai, Kalau boleh pakailah mask tu tiap masa walaupun bergambar, Kita jaga sesama kita dan elakkan penyebaran virus covid 19 ini.
Paradise 101
Nasi Dagang Pak Malau
Kedai Gamat
Kalau datang sini tak sah la kalau tak dapatkan minyak yang berasasakan dari gamat kan. Faries haritu sempat beli beberapa minyak gamat di tempat baru iaitu di Kedai Gamat Gemilang. Pertama kali datang dekat sini. Berhampiran dengan makam mahsuri. Korang boleh la singgah sini nanti.
Ayun-Ayung The Swing @ Langkawi
Kalau korang tahu lanjut tempat menarik dan pakej ditawarkan boleh hubungi:
(QTT)- 0134323268
2 comments:
Terima Kasih atas perkongsian tempat-tempat untuk dilawati di sekitar Langkawi... Lain kali kena try pula dekat sini
Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
Post a Comment