Tuesday, December 28, 2021

Chef Lyn's Pastry and Cafe Menawarkan Makanan Best di Bandar Baru Bangi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah berhari-hari bekerja, sebaik tiba hujung minggu mesti ramai yang tak sabar-sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan mahupun orang paling istimewa. Salah satu cara terbaik untuk melakukan semua ini adalah dengan menikmati hidangan enak yang dapat membuatkan anda tersenyum kepuasan.Untuk warga lembah Klang yang tak sempat nak bergerak jauh untuk berfood hunting, salah satu lokasi terdekat yang boleh dilawati dan boleh dikatakan makanan yang ditawarkan 'authentic' korang boleh pergi ke Chef Lyn's Pastry and Cafe yang terletak di Bangi Gateway Bandar Baru Bangi. Nak tahu apa istimewanya cafe ini? Korang kenalah baca sampai habis...


Seperti yang korang sedia maklum, Bangi merupakan syurga makanan dan Chef Lyn's Pastry and Cafe merupakan salah satu cafe yang wajib korang singgah kalau kesini taw. Pemilik MH Lyn Enterprise, Chef Haslin Binti Hasan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari. Beliau juga pernah menjadi chef jemputan di program masakan Masterchef Selebriti Malaysia. Di Chef Lyn’s Pastry and Cafe, mereka tidak mementingkan keuntung semata-mata kerana bagi mereka makanan yang disediakan hendaklah berkualiti dan memenuhi citarasa para pelanggan seiring dengan tagline mereka iaitu “Fresh, Moist and Homemade”.

Disini terdapat beberapa menu western seperti spaghetti, ayam grill dan pastry. Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cakeserta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan. Jom kite tengok satu-satu menu yang Faries dan kawan nikmati di sini:

Lamb Stew With Soft Bun & Beef Stew With Soft Bun

Salmon Buttermilk Pasta

Roasted Chicken And Cajun Spices

Egg Noodles Water Prawn


Selain daripada menu Faries kongsikan  diatas, disini turut ditawarkan sos pasta homemade oleh Chef Lyn dan antara pilihan sos yang ditawarkan ialah Bolognese Sauce, Black Pepper Sauce, Salted Egg Sauce, Mushroom Shoup, Beef Stew & Lamb Stew. Dalam botol yang comel dan kemas ni senang dibawa kemana-mana untuk makan bila-bila masa sahaja. Selain itu, disini juga disediakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti food panda, grab dan lain-lain. Jadi korang pun boleh dapatkan secara online.

Secara keseluruhannya, makanan disini boleh dikatakan sangat istimewa dan ada rasa yang susah Faries nak gambarkan. Faries paling suka egg noodle water prawn sebab rasa dia sedap dan mee noodle tu ranggup. Korang wajib cuba menu ini. Yang lain pun tak kurang hebatnya. Tak leh nak cakap panjang sebab semua sedap dan korang wajib datang sini dan rasa sendiri.




Terima kasih Chef Lyn's Pastry and Cafe<3

Untuk Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila layari:

Phone: 013-3500638
Waktu Beroperasi: Buka Setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam

No comments: