Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dulu sebelum adanya pandemik covid 19, menikmati buffet dinner di hotel sudah menjadi kebiasaan bukan? Sekarang macam dah lama sangat tak pergi makan buffet dihotel disebabkan beberapa peraturan seperti penjarakan di tempat-tempat makan masih dilaksanakan. Baru-baru ini Faries pergi ke Pulse Grande Hotel, Putrajaya dan merasai weekend BBQ dan Steamboat Buffer Dinner disini. Nak tahu apa yang menu best dekat sini? Jom teruskan membaca...
Untuk pengetahuan korang semua, tawaran ๐ช๐ฒ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฑ ๐๐๐ค & ๐ฆ๐๐ฒ๐ฎ๐บ๐ฏ๐ผ๐ฎ๐ ๐๐๐ณ๐ณ๐ฒ๐ ๐๐ถ๐ป๐ป๐ฒ๐ฟ ini bermula daripada 3 Disember 2021, dari jam ๐ฒ.๐ฏ๐ฌ๐ฝ๐บ hingga ๐ญ๐ฌ๐ฝ๐บ pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Palm Hill Cafe Pulse Grande Hotel Putrajaya. Sekarang ada promosi hanya RM110 sahaja untuk 1 pax (harga sebenar RM138). Promosi ini sah sehingga akhir Januari 2022. Harga untuk kanak-kanak adalah 50% daripada harga asal untuk 1 pax.
Lebih 100 Menu Menarik Ditawarkan
Tidak cukup dengan BBQ Grill, disini turut ditawarkan makan ala melayu seperti satay, Nasi goreng, spaghetti, gulai lemak dan banyak lagi.
Untuk dessert pula, anda boleh menjamu aiskrim dengan beberapa topping, ABC yang boleh dikisar sendiri, buah-buahan dan banyak lagi.
Steamboat
Benda yang Faries suka ialah kuah tomyam disini. Sedap dan pekat dan memenuhi selera kita semua.
Lupa nak cerita, konsep makan disini disediakan di bahagian dalam dan luar. Bahagian luar dikhaskan untuk BBQ Grill dan steambot dan didalam pula untuk pilihan pencuci mulut, nasi dan sebagainya..
No comments:
Post a Comment