Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....
Semenjak teknologi penyiaran Malaysia bertukar daripada analog ke digital pada tahun 2019, kita dapat lihat setiap penduduk di Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada berupaya menonton saluran televisyen kegemaran masing-masing. Kini ada satu lagi rangkaian penyiaran tempatan iaitu SUKE TV akan mewarnai hari-hari anda. Faries pun bukan peminat racangan tv tapi nampak SUKE TV ni macam best.
Untuk pengetahuan semua, SUKE TV, sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh pelakon serta penyanyi tempatan, Dato AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur yang luas, pengalaman yang banyak dan usahasama industri akan datang, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan yang original dari semua genre untuk televisyen dan medium digital di Malaysia dari mana sahaja. Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV berhasrat menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif hiburan yang unik
SUKE TV telah berjaya merangkul pembiayaan dari Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat subsidiary Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] sekaligus mencipta sejarah melalui sebuah majlis hari ini. Perjanjian pembiayaan ini akan menyaksikan MDV menyalurkan kewangan untuk menyokong visi dan misi SUKE TV sebagai rangkaian penyiaran yang didorong oleh harapan, hati dan nilai - a product built by Malaysians, for Malaysians. Sejak dua dekat yang lalu, MDV adalah perintis negara dalam menyalurkan pembiayaan kepada syarikat dalam sektor berasaskan teknologi, yang biasanya kurang mendapat sokongan daripada institusi-institusi kewangan komersial di Malaysia. SUKE TV berhasrat untuk membawa kembali kebahagiaan kepada kehidupan rakyat Malaysia, terutamanya dengan COVID-19 dan bencana-bencana alam telah menggegarkan negara sejak kebelakangan ini. Sebagai platform menyeluruh yang akan memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau latar belakang, SUKE TV merancang untuk menyampaikan kegembiraan melalui hiburan terus ke kaca TV di rumah penonton.
SUKE TV bukan sahaja diasaskan untuk individu, tetapi juga untuk memperkasakan industri perniagaan tempatan. Rangkaian media tersebut juga berharap dapat mewujudkan saluran komprehensif untuk usahawan tempatan mempromosikan dan mengiklankan produk mereka melalui pelbagai slot masa siaran inovatif SUKE Shop dan SUKE HATI.
SUKE HATI ialah saluran unggul yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi bintang rancangan mereka sendiri. Menerusi saluran ini, individu dari seluruh negara bukan sahaja dapat mempromosikan produk dan jenama mereka secara langsung, tetapi juga dapat mempamerkan bakat mereka atau menyampaikan ucapan istimewa kepada orang tersayang. Dengan penyiaran di TV dan web, interaksi bersama penonton juga akan meningkat dan dipelbagai; dan perniagaan yang dipromosikan juga akan menerima lebih banyak minat dan jualan masa nyata daripada bakal pelanggan mereka.
No comments:
Post a Comment