Tuesday, March 8, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: Sajian Istana & Nusantara di Ummis Hijau Kasturi @ Sentul Village

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Eh dalam sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan ramadan bagi tahun 2022 kurang daripada 30 hari lagi. Macam biasa setiap tahun mesti Faries nak share tempat berbuka puasa yang best untuk korang pergi. Memandangkan tahun ni keadaan masih sama dimana kita masih didalam pandemik tetapi insyaallah keadaan semakin baik. Baru-baru ni, Faries ada pergi ke satu restoran iaiti Ummis Hijau Kasturi yang terletak di @Sentul Village. Korang yang cintakan masakan tradisional Melayu wajib datang kesini taw.

Untuk pengetahuan semua, Faries sebenarnya dijemput menghadiri meraikan hari ulang tahun kelahiran sahabat blogger Khai Artzfar di Restoran Ummis Hijau Kasturi ini. Sambil kita sambut harijadi tu kita review sikit makanan best dekat sini. Eh kalau korang nak tahu, pemilik restoran ini Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah merupakan bekas tukang masak rasa Sultan Brunei dan kerabat taw. Jadi korang tak perlu ragu tentang rasa.

Keistimewaan

Buffet ramadan di restoran Ummis Kasturi Hijau bermula pada 4 April 2022 hingga 20 April 2022 dengan menawarkan sebanyaj 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Korang jangan terkejut antara menu-menu yang ditawarkan merangkumi makanan tradisional dari semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak. Restoran Ummis juga merupakan pilihan syarikat-syarikat Koprat terkenal seperti Gamuda, Bernama, Astro dan banyak lagi


Antara menu istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai lemak Rebung dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (Paru Lembu) sambal Ikan Tahai, Pais Daging, sambal urat-uratan, Kelupis Brunei dan kuih Serabai Durian.





Faries paling suka dengan rendang daging makan dengan lempeng gebus. Ya Allah sedap gila. Korang kena cuba sebab memang rasa sedap tu tak leh nak bagitahu mcm mana. Keseluruhannya makanan dekat sini semua best-best.



Harga
Dewasa RM 35.90 nett 
Kanak-Kanak RM 17.90 nett (berumur 12 tahun ke bawah)
(promosi kanan-kanak terhad kepada maksimum 3 orang kanak-kanak bagi setiap keluarga dan warga emas berumur 60 tahun)

Murah bukan? Boleh dikatakan restoran ummis kasturi hijau antara yang termurah untuk buffet berbuka puasa tahun ini taw.

Memandangkan kita semua masih didalam pandemik, restoran ummis mengikut SOP yang ditetapkan dimana menerima hanya 70 orang sahaja dalam satu masa. Jadi korang kena buat tempahan cepat sebab tempat agak terhad.

Nak buat tempahan lanjut atau sebarang tempahan korang boleh hubungi:

03-40324383 

WAKTU OPERASI BULAN RAMADHAN:
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

WAKTU OPERASI HARIAN:
Di buka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.



Ummis Hijau Kasturi
G3A, Sentul Village Service Apartment, 
No 10. Jalan Sentul Perdana, 
Sentul, 51200 Kuala Lumpur.

No comments: