Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Kali ini, Faries nak bawa korang sendiri merasai menu buffer ramadan di Hotel 5 bintang iaitu di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur. Mesti korang tertanya-tanya apa yang istimewanya makanan disini kan. Mestilah banyak menu-menu istimewa ditawarkan disini taw. Jom teruskan membawa.
Untuk pengetahuan semua, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur pada tahun 2022 ini memilih tema "Jelajah Selera" untuk seleksi menu buka puasa mereka. Pemilihan tema ini adalah untuk membawa pengunjung untuk menerokai menu-menu masyarakat pelbagai budaya dan kaum. Sajian-sajian yang disajikan merangkumi menu-menu masakan melayu tradisional, masyarakat kaum Cina, masyarakat kaum India dan menu-menu barat. Semua disajikan di bawah satu bumbung.
Pengunjung boleh merasai semua seleksi makanan ini di sepanjang bulan puasa nanti di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur bermula 3 April sehingga 3 May 2022 nanti. Buffet ini akan dibuka bermula 6.30 petang sehingga jam 10 malam. Pengunjung boleh membuat tempahan sekarang keana terdapat harga promosi sekiranya membeli voucher sebelum 26 March ini. Potongan sebanyak 25% daripada harga buffet untuk per pax.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut:
Hubungi talian berikut 03 - 2172 7272
atau emailkan pada KUTDT_FBReservations@hilton.com
Harga Buffet Ramadan : Doubletree by Hilton Kuala Lumpur
Dewasa : RM188 nett
Kanak-kanak (5 sehingga 11 tahun) : RM98 nett
Diskaun 25% pembelian voucher sebelum 26 March 2022
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut:
Hubungi talian berikut 03 - 2172 7272
atau emailkan pada KUTDT_FBReservations@hilton.com
Doubletree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark, 348, Jln Tun Razak,
Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment