Tuesday, April 26, 2022

AEON Koleksi Raya 2022- Trend Fesyen Bertemakan 'Raya Penuh Makna'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang semua dah siap segala persiapan raya? Lagi 6 hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah hampir 2 tahun kita semua tidak dapat menyambut hari raya ini. Tahun ini nampak masing-masing sibuk maklumlah semua merindukan suasana hari raya. Dah pikir nak beli baju raya dekat mana? Faries nak cadangkan korang ke Aeon berdekatan dengan rumah korang untuk dapatkan koleksi raya untuk tahun 2022 ini.

Untuk pengetahuan semua, Satu majlis peragaan Koleksi Raya AEON 2022 telah diadakan di AEON Alpha Angle Kuala Lumpur pada hari Ahad 24 April 2022. Antara koleksi jenama pakaian yang berkaloborasi bersama AEON seperti F.O.S, Jasmina, Anggun Cotton Collection dan Behati. Selain itu, terdapat jenama 'in-house' AEON yang turut mengambil bahagian antaranya jenama Scarlet, Puteri, Arcadia. Tized, Agenda, Creme. Guys' Vision dan Suave.

Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Low Ngai Yuen Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Co. (M) Bhd yang turut memberi serba sedikit pengenalan tentang koleksi pakaian raya dari AEON 2022.

 

Memang cantik-cantik pakaian daripada pelbagai jenama didalam koleksi Raya AEON 2022 ini. Dari segi rekaan ada yang minimalis tidak kurang juga 'fashionable'. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Yang paling penting, harga berpatutan taw dengan kualiti dan rekaan yang cantik.







 
Pelbagai jenis baju melayu, kurta, kebaya dan baju kurung diperagakan. Selain itu, terdapat juga peragaan baju kasual yang boleh memberi inpirasi kepada pengunjung bagi mendapatkannya untuk acara santai seperti ziarah dan sebagainya.


Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai dapatkan koleksi raya Aeon berdekatan korang sekarang! Pasti 'Raya Penuh Bermakna' pada tahun ini.




No comments: