Saturday, April 9, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: Berbuka Puasa Di Lugar De La Boda, Puchong

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah dalam sedar tak sedar, kita dah memasuki hari ke 7 kita semua berpuasa. Jadi macam mana bulan puasa tahun ni? Korang dah berbuka puasa di luar bersama yang tersayang? Jom nak ajak korang berbuka puasa di Bugar De La Boda yang terletak di Puchong. Apa yang bestnya menu-menu makanan kat sini? Jom teruskan membaca....

Untuk pengetahuan semua, Bugar de La Boda merupakan tempat event space. Faries suka dengan persekitaran disini, luas dan cantik sebab banyak lampu-lampu. Tahun ini, Lugar De La Boda, Puchong menawarkan buffet ramadhan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan.

Jom kita berlahih kepada menu yang ditawarkan. Kalau korang nak tahu, kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.

Untuk menu utama, Lugar De La Boda di Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Kerang dan banyak lagi.










Selain ini, terdapat hampir 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang Wajib cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.



Sejujurnya makanan yang ditawarkan sedap dan kena dengan citarasa Faries. Daging kambing dia lembut taw. Memang banyak kali ambil.hehehe

Harga ditawarkan:

Dewasa: RM 69 

Kanak-Kanak (6-12 Tahun): RM 35

Warga Emas (60 Tahun keatas): RM 35

1 Meja (Maximum 8 orang): RM 520



Harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan dengan menu-menu yang tawarkan. Apa tunggu lagi? Jom bawa kawan-kawan, keluarga atau yang tersayang berbuka puasa disini.

Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang tempahan, boleh hubungi:

016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

No comments: