Friday, April 1, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Menawarkan Pakej Buffet Bertemakan Citarasa Zaman Berzaman

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Bulan ramadan akan tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Korang dh bersedia ke untuk menjalani ibadah puasa tahun 2022 ini. Korang dah rancang nak berbuka puasa dimana bersama yang tersayang? Baru-baru ini, Faries telah pergi ke ramadan review di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Mereka menyediakan juadah Berbuka Puasa bertema "Citarasa Zaman Berzaman" di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Nak tahu apa yang menarik? Korang kena baca sampai habis taw...


Bufet Citarasa Zaman Berzaman bemula dari 04 April hingga 01 Mei 2022, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang dewasa, RM60.00 untuk kanak- kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga biasa adalah RM150 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.







Pelbagai pilihan makanan disediakan disini dan yang pasti memenuhi selera korang semua. Untuk pengetahuan korang juga. Pada bulan ramadan nanti, mereka akan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan mereka. Sebab tu korang wajib datang berbuka puasa disini.




Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Ia berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra.

Bagi sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
Tel : +603-4042 5555
Laman web : www.seripacifichotel.com

No comments: