Wednesday, May 11, 2022

I’Dahlia Corner Menawarkan Pakej Rumah Terbuka Raya 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sangatlah dinantikan setelah hampir dua tahun tidak menyambut bersama keluarga tersayang dan sahabat handai, kemeriahannya masih terasa sehingga hari ini. Harini, merupakan hari yang ke 10 hari raya dan masa untuk kita memeriahkan sambutan rumah terbuka. Jadi bagi memeriahkan kedatangan bulan Syawal pada tahun ini, I'dahlia Corner, satu-satunya restoran Melayu berkonsepkan dalam taman di dalam kawasan kejiranan KLCC menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang ingin mengadakan rumah terbuka, I'dahlia Corner adalah lokasi terbaik. Nak tahu apa yang menarik kalau korang mengadakan rumah terbuka disini?Suasana di waktu malam dengan lampu berwarna-warni dikelilingi juntaian bunga yang cukup mempersonakan. Di samping itu, I'Dahlia Corner juga sesuai dijadikan lokasi acara tertutup kerana ianya dapat menyediakan ruang lebih privasi kepada pengunjung.

Untuk pengetahuan semua, I'dahlia Corner mempunyai 3 ruang utama yang sesuai untuk dijadikan majlis rumah terbuka iaitu:

Taman Dahlia


Sebuah event hall yang luas dan boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu masa. Taman Dahlia dihias indah dengan dedaun hijau, fairy lights dan diserikan lagi dengan pokok-pokok hijau yang memberi suasana seolah-olah berada di dalam taman fantasi.Untuk lebih informasi boleh rujuk sosial media l'Dahlia Corner.

Verandah Idham

Verandah Idham merupakan ruang yang sesuai untuk kapasiti tetamu sehingga 50 orang. Verandah Idham yang terletak di pintu masuk utama I'dahlia Corner ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahukan suasana tenang, santai dan selesa.


Camelia Pink


Camelia Pink adalah ruang berhawa dingin yang mempunyai kapasiti maksimum seramai 30 orang. Camelia Pink sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang mahukan privacy samada untuk berdiskusi atau bertukar-tukar pendapat.

Jom kita lihat menu-menu serta harga yang ditawarkan untuk setiap pax:







Berdasarkan harga yang ditawarkan, Faries rasa sangat berpatutan dan korang ada pilihan. Tak pening nak pikir nak pilih set yang mana satu berdasarkan bajet yang korang ada.







Kalau korang pernah datang sini, korang tahu lah Dahlia corner ni terkenal sangat dikalangan penduduk dan pekerja berdekatan memandangkan kawasan ini ditengah2 bandar Kuala Lumpur. Pendapat Faries sendiri, makanan dekat sini memang sedap. Sedap sangat2 sampai susah nak bagitahu macam mana. Sebab tu korang tak rugi kalau kesini. Dari menu satay sampai la ke rendang. Rasa sama betul dengan rendang yang mak-mak kita masak dekat kampung. Disini juga, korang dapat menikmati dekorasi kedai yang cantik ala taman.


Selain daripada itu, Sambil menjamu di i'Dahlia Corner, bolehlah melayan dendangan lagu dari Sahabat Rocker Band. Seronok apabila dapat mendengar nyanyian lagu-lagu lama dan baru secara 'live'. Oh ya! Di sini juga ada disediakan surau dan tandas untuk kemudahan pelanggan.

Persembahan tarian turut disediakan

Jom korang ajak keluarga serta kawan-kawan yang ingin adakan sambutan rumah terbuka di I'dahlia Corner. Recommended. 


Untuk pertanyaan lanjut atau sebarang tempahan, sila hubungi:

Tel-012-258 5162

Facebook: I'dahlia corner
Instagram: @idahlia.corner

I'dahlia Corner
5, Persiaran Stonor, 
50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1 comment:

honeybie.com said...

Menarik. Nak buat open house sekarang ada ruang disediakan. Boleh ajak ramai2 kenalan kan.

Follow here #240