Saturday, October 8, 2022

9 Tempat Tarikan Pelancongan Di Kampar Perak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sejak pandemik Covid -19 beransur pulih, ramai orang mencari tempat menarik untuk bercuti setelah hampir dua tahun tidak kemana-kemana. Faries dan kawan-kawan baru-baru ini telah pergi ke Kampar, Perak. Apa yang menariknya disini dan kenapa Faries memilih Kampar sebagai destinasi percutian.. Korang kena baca entri ni sampai habis taw....

Grand Kampar Hotel

Sesampainya kami disini dari KL, kami terus daftar masuk di Grand Kampar Hotel yang terletak di pekan baru Kampar. Hotel ini boleh tahan cantik dan korang boleh lihat dari jauh dari design kubah hotel ini sendiri. Selain bilik yang selesa, makanan dekat hotel ini pun sedap, murah dan yang paling penting portion banyak.  Jom nak belanja sikit gambar bilik disini.

Gua Tempurung

Ini merupakan kali ke empat Faries kesini tetapi kali ini Faries berpeluang merasai sendiri masuk ke bahagian basah. Untuk kebahagian basah, korang wajib ada travel guide sebab untuk ke kawasan yang lebih dalam, korang memerlukan panduan orang yang lebih berpengalaman.


Apa yang menarik di sini adalah suasana dan pembentukan batu-batu stalagmit dan stalaktitnya yang cantik. Ia menghasilkan pantulan cahaya yang bersinar-sinar jika disulu dengan cahaya lampu. Apatah lagi dengan mengalirnya sungai cetek di dalam gua, ia menambahkan lagi keistimewaan gua ini.



Benda yang paling best apabila korang dah masuk kebahagian bawah dan basah. Dekat sini, guide menceritakan beberapa sejarah dan juga tinggalan barang-barang pengunjung yang dulu. Selain ini, kita akan nampak kawasan kelawar tinggal. Benda yang Faries suka apabila ada satu tempat dimana kita kena meluncur. Nampak cemas pada mulanya tapi sebenarnya best sangat.


Untuk keluar daripada gua ini, kami melalui jalan air. Disini terdapat banyak batu-batu sempit dan korang kena merangkak dan menyiarap. Sangat mencabar dan sangat seronok taw. Kami menghabiskan masa disini lebih kurang hampir 4 jam sebelum keluar daripada Gua Tempurung ini

Gaharu Tea Valley


Seterusnya, kami berkunjung ke Gaharu Tea Valley. Yang menarik perhatian Faries, ladang teh kebiasaanya sangat sinonim dengan Cameron Highlands tetapi disini merupakan tempat tanaman pokok gaharu. Mesti korang tertanya-tanya pokok gaharu boleh menghasilkan teh ke? Jawapannya, Ya!


Disini terdapat pelbagai tarikan menarik dan pemandangan yang sangat cantik.  Di kawasan pokok-pokok juga terdapat ukiran gambar-gambar haiwan yang sangat cantik. Disini juga korang boleh lihat dua buah pokok seolah-olah berpelukan dimana ianya dipanggil tree dancing. 


Habis kami bergambar dan melawat kawasan ini, kami mencuba teh, kopi, aiskrim dan apam yang dihasilkan berasaskan pokok gaharu. Korang nak tahu rasanya? Korang datanglah kesini.

Gua Kandu


Kami singgah ke satu lagi gua yang terdapat disini iaitu Gua Kandu yang merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Lembah Kinta, Perak.  Ini kali pertama Faries kesini dan tahu akan kewujudan gua ini. Dekat disini korang boleh bergambar dihadapan pintu masuk gua sebab tiada jalan yang betul untuk teroka kawasan dalam gua ini. Dekat sini pun cantik untuk bergambar juga.


Bandar Acagia

Disini merupakan tempat untuk sesiapa yang suka bergambar berlatarkan bangunan cantik. Bandar Acagia merupakan sebuah bandar kecil yang dibina bertemakan animasi di daerah Kampar. Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar merupakan satu kawasan pembangunan baru terletak 40 km dari Bandaraya Ipoh. Rasanya, inilah satu-satunya bandar seumpama penuh gaya animasi di Malaysia.

Photo Credit: Abeden

Bangunan yang direka berwarna-warni mirip seperti di dalam filem-filem fantasi barat ini dikatakan tempat menarik di Kampar yang menjadi destinasi ramai pengunjung. Destinasi ini sangat sesuai untuk berfoto memandangkan pemandangannya seperti berada di Riomaggiore Itali, Stockholm Sweden, Jodhpur India, Lima Peru dan Buenos Aires Argentina. Tak rugi untuk anda berkunjung ke sini.

Photo Credit: Abeden

Tapi sayangnya tempat ini kosong tanpa peniaga dan dengan harapan adanya pengunjung datang untuk bergambar akan dapat memeriahkan kawasan ini kelak.

Muzium Gopeng

Muzium Gopeng yang rasmi dibuka pada 2009 ini menjadi lokasi wajib berkunjung jika ke Gopeng, Perak. Ianya hanyalah sebuah muzium kecil tetapi kaya dengan sejarah masa silam Gopeng dan kaitannya dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini oleh itu sangat disyorkan untuk singgah bersama generasi sekarang.



Pameran di sini kebanyakkan adalah barangan antik berusia 100 tahun lalu yang dipamerkan secara terbuka tanpa gelas kaca. Selain barangan antik yang memenuhi Muzium Gopeng ini, ada juga kenyataan sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Muzium Gopeng memiliki dua tingkat dimana bahagian bawah terdapat perabot, perhiasan dan seramik Cina. Di bahagian atas pula terdapat ruangan tidur dan ruangan santai, beberapa pakaian dan barangan antik seperti baju berbulu, radio lama, jam dan lampu.

Restoran Iqa Corner

Dah penat-penat berjalan tu, kita singgah makan nasi wanggey yang terkenal di Kampar ini iaitu di restoran Iqa Corner. Siapa yang suka makan nasi kandar tu mesti suka sebab dekat sini bukan setakat rasa je. Lauk dekat sini memang fresh dan sudah tentu lah sedap.



Pemilik iqa corner ini yang dikenali sebagai Kak Ijan menceritakan resepi di kedainya 100% resepi asli daripada dulu kala. Beliau pun sangat lemah lembut dan nampak ikhlas dalam berniaga. Tapi kan betul, nasi wanggey dia antara yang terbaik yang Faries pernah rasa. Kari kepala ikan pun sedapnya.Ikan dia fresh taw.


Korang kalau datang ke Kampar korang boleh ke sini. Waze je Iqa Corner atau guna alamat ini LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak

Paip Besar

Kami turut singgah ke kawasan paip besar yang mula dibina pada tahun 1908 an. Panjang paip asal ialah 13.6km dengan diameter 14 inci bagi menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntum dan Ulu Geroh dengan kawasan perlombogan di Gopeng. Korang boleh bayangkan tak pada zaman dahulu  sudah wujudnya saluran air sebesar ini.


Muzium Perlombongan Bijih Timah Kampar

Ini tempat yang keberapa ntah kami singgah selepas dah kepenatan. Kampar terkenal dengan perlombongan bijih timah pada masa dulu. Kami singgah di Muzium Perlombongan bijih timah atau dikenali Kinta Tin Mining Museum. Muzium ini dibina bertujuan untuk mempamerkan artifak dan maklumat tentang sejarah perlombongan bijih timah. 



Disini dipamerkan dengan pelbagai ilmu dan informasi mengenai sejarah perlombongan melalui video, patung ataupun gambar. 

Menara Jam

Lokasi terakhir kami di menara jam Kampar yang terletak di Pekan lama Kampar. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai tempat menarik di Kampar, Korang boleh layari:

https://www.mdkampar.gov.my

No comments: