Sunday, October 9, 2022

AEON Berkolaborasi Bersama Mamee Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru-baru ini, AEON berkolaborasi bersama MAMEE Malaysia menghasilkan pilihan produk makanan untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur.Majlis tersebut dihadiri oleh Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. 


Menurut wakil AEON sendiri, kolaborasi ini dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepatkepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini.
Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea.

Produk kolaborasi ini ditawarkan di AEON Delicatessen dan La Boheme. Antara produknya ialah 
  • Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam
  • Kimchi (1set), 
  • Sosej Jagung Mini
  • Peha Ayam Suku BBQ Kogi
  • Set Ayam Korea, K-Spiced
  • Sup Oden
  • Ban Ayam Kimchi
  • Ban Ayam DAEBAK 
  • Piza Ayam DAEBAK

Antara semua produk kolaborasi ini, Faries paling suka produk Set ayam Korea tu, rasa pedas-pedas manis tu sangat kena dengan citarasa. Yang lain tak kurang hebatnya. Sedap-sedap juga.

Produk-produk ini boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON
mulai 3 Oktober 2022 dan AEON BiG mulai 17 Oktober 2022.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi ke 

Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com


No comments: