Sunday, October 16, 2022

AEON Melancarkan Drama Bersiri Sayap Bagimu Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke 38

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran dan tayangan gala drama bersiri Sayap Bagimu di TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur. Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama ini antaranya, Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.
Untuk pengetahuan semua, majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema Sayap Bagimu, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.

  
"Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan"

Mr Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON

Tujuan utama drama ini dihasilkan juga adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.

Mesti ada yang tertanya tanya, kenapa Sayap Bagimu? Tajuk ini diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan 2 a AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 

Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian. 


Drama bersiri ini akan ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022. Jom ramai-ramai tonton drama ini..





Nak tahu lebih lanjut, layari laman web dibawah:



Facebook: AEON Retail Malaysia 
Instagram: AEON Retail Malaysia 
Twitter: AEON Retail Malaysia 
Youtube: AEON

No comments: