Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lukisan mural di lorong seni ini kebanyakan menceritakan dan diilhamkan daripada tema tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan industri di negeri Perak dan dilukis oleh pelukis tempatan melalui Persatuan Pelukis Perak.
Antara lukisan mural yang dipamerkan ialah Heritage House Gopeng, Lompat Getah, Tarik Upeh, Durian, Itik, Kelamai, Disney Avenue Agacia Land, Air Terjun Batu Berangkai, Berakit di Jeram Sungai Kampar, Ladang The Gaharu, Kapal Korek, Air Terjun Sungai Salu, Peta Kampar, Gua Tempurung, Rafflesia, Burung Heron, West Lake of Kampar Ikan Raja, Bunga Cassia Biflora, Mendulang, Waterfall Abseiling dan Paip Besar, Gopeng.
Antara lukisan mural yang dipamerkan ialah Heritage House Gopeng, Lompat Getah, Tarik Upeh, Durian, Itik, Kelamai, Disney Avenue Agacia Land, Air Terjun Batu Berangkai, Berakit di Jeram Sungai Kampar, Ladang The Gaharu, Kapal Korek, Air Terjun Sungai Salu, Peta Kampar, Gua Tempurung, Rafflesia, Burung Heron, West Lake of Kampar Ikan Raja, Bunga Cassia Biflora, Mendulang, Waterfall Abseiling dan Paip Besar, Gopeng.
Untuk pengetahuan korang, setiap mural ini juga dilengkapi dengan kod QR yang memudahkan pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan mural yang dipamerkan. Malah, panduan titik mengambil gambar juga disediakan. Titik fokus mural ini berada di sepanjang laluan pejalan kaki Jalan Gopeng, Menara Jam, Taman Muhibbah dan Pusat Rekreasi Kampar yang selaras dengan konsep Kampar Trails di Pekan Lama Kampar.
Lorong seni sepanjang 250 meter ini juga terletak strategik iaitu di sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama Ipoh-Kampar.
Jom ramai-ramai datang ke sini melihat sendiri kecantikan dan keindahan lukisan lukisan mural hasil tangan anak Perak dan yang penting jangan lupa bergambar.hehehe
Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari laman web Majlis Daerah Kampar
Ilham Seni Kampar
1, Bahagian Belakang, Jln Gopeng, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
6 comments:
Makin meriah dah Kampar dengan adanya seni sebegini kan. Sekaligus menarik perhatian pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat kan.
Wah so many places to visit in Kampar besides they have so many good food too.
Nanti balik kampung boleh visit tempat ni. Sekarang dah ada Mural boleh bergambar banyak-banyak. Pastu pi cari makanan. Wuuuu sedap.
Baru launching ye tempat ni, nice la Nell suka tempat yang so colourful and full with arts/murals! Boleh pergi la nanti over the long weekend maybe 👍🏻
Wah!! Kampar dah berwajah baru yea.. Lama dah tak ke singgah ke Kampar.. rasanya last singgah sana 3 tahun lepas.. Mural pun nampak cantik dan tersusun indah!!
dah sampai ipoh tapi belum ada peluang lagi ke Kampar. cantik lukisan mural kat sini, bagus untuk tarikan pelancong :)
Post a Comment