Saturday, October 29, 2022

Kajima - Single Terbaru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa tak kenal dengan penyanyi dari program I Can See Your Voice (ICSYVMY) 2020, Meer Nash yang sering mendapat jolokan Oppa Malaysia. Dengan kelahiran single 'Kajima' ini membuktikan Meer Nash berjaya membuktikan beliau berjaya membabitkan diri didalam industri tanah air. Semalam, Faries turut serta di majlis pelancaran single terbaru Meer Nash di IOI City Mall Putrajaya.

Di majlis pelancaran semalam turut dijemput beberapa artis baru yang terkenal di Tiktok seperti Nadia Rosli, Rief Daniel dan Fatia.



Untuk pengetahuan korang semua, Meer Nash sendiri telah melancarkan single bertajuk 'Saranghae' pada tahun lepas berkonsepkan K-pop. Kebanyakan lagu beliau berkonsepkan K-pop dan semestinya catchy dan sedap didengar. Dah semestinya golongan remaja suka akan muzik yang rancak dan ada tarian.

Berbalik kepada terhasilnya single Kajima ini, Meer Nash menyatakan lagu ini sebenarnya ditujukan kepada bekas kekasih beliau yang membuatkan beliau susah untuk move on hampir dua tahun. Menurut beliau lagi, lagu ini merupakan lagu paling gelap yang dihasilkan oleh beliau dengan ada sedikit elemen daripada filem KKN, rap dan puisi kanak-kanak. Turut diketengahkan tarian berkonsepkan K-pop bagai melepaskan kemarahan. Menurut Faries lagu ini memang best sedap catchy dan part campuran muzik tu unik.

Lagu Kajima ini menampilkan MFMF selaku penerbit dan diterbitkan secara rasmi oleh Universal Music Malaysia.

Bagi muzik video lagu ini, sememangnya unik dan korang kena tonton sendiri di youtube. Terdapat pelbagai watak dimainkan oleh Meer Nash sendiridan salah satunya menjadi Bomoh. Macam menarik bukan. Dari sini kita nampak betapa bermaknanya lagu ini buat Meer Nash.

Single Kajima ini boleh di perdengarkan di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Koox, KBox, Deezer dan Youtube Music dan ianya sudah dilancarkan sejak 9 September yang lepas.

No comments: