Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Aktiviti water rafting merupakan salah satu aktiviti yang dah lama sangat Faries nak buat tapi masih belum ada masa dan juga disebabkan kesibukkan berkerja. Baru- baru ini, semasa Faries pergi ke Kampar Perak, aktiviti lasak ini merupakan salah satu aktiviti yang kami lakukan. Disini, aktiviti ini dikenali dengan nama White Water Rafting dan sememangnya terkenal disini.
Untuk pengetahuan korang, di seluruh Malaysia hanya terdapat beberapa tempat yang menjalankan aktiviti water rafting ini antaranya di Kuala Kubu Baru, Selangor, Sabah dan juga di Sungai Kampar. Setiap tempat mempunyai aras kesukaran dan di Sungai Kampar berada di aras biasa.
Disini, kami ambil pakej dibawah River Bug. Mereka Mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun untuk melakukan aktiviti water rafting pelbagai level. Disini juga terdapat tempat penginapan, jadi untuk korang yang nak mengunakan khidmat river bug ini boleh terus menginap disini juga.
Setelah sampai, kami dibenarkan untuk memakai jaket keselamatan, topi dan juga pendayung mengikut keselesaan. Kemudian, taklimat diberikan oleh instructor yang ada dengan teliti terutama taklimat keselamatan dan juga bagaimana arahan yang akan diberikan ketika berada atas boat dan juga sepanjang perjalanan. Water rafting kali ini melalui lebih kurang 5km Sungai Kampardengan 14 buah jeram yang dilabelkan dengan tahap I hingga III. Sangat mencabar lah juga walaupun nampak air sungai tenang sahaja tapi banyak batu-batu besar disini.
Team kami terdiri daripada Kifli, Suzai, Zharif dan Faries sendiri. Instructor kami bernama Lulin banyak membantu kami dan yang penting sporting. Yang paling best, banyak moment yang lawak sepanjang kami berempat berrafting macam tak mengikut arahan yang diberikan.Mungkin sebab confuse dengan instruction yang hampir sama bunyinya.hahaha. Apa-apa pun kami berjaya!
Aktiviti water rafting ini lebih kepada mengajar kita mengikuti arahan dan juga berkerjasama sebagai satu sepasukan untuk memastikan bahawa rakit tidak sangkut dan perjalanan yang selamat. Penat tu memang tidak boleh dinafikan tapi keseronokkan mengatasi segalanya bagi kami yang sesetengah pertama kali buat aktiviti ini. Best dan juga korang kalau datang boleh contact Reverbug untuk mendapat khidmat mereka yang profesional.

Nak tahu lebih lanjut dan pakej-pakej ditawarkan, korang boleh hubungi:
River Bug
No comments:
Post a Comment