Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Program Kita Rewang Sekampung ini yang berlangsung selama dua sehari menyediakan pelbagai aktiviti antaranya program pembersihan pantai Batu Laut, majlis marhaban dan berendoi, majlis perasmian medan selera MPKL pantai batu laut, pertandingan futsal, kenduri sekampung (rewang), pertandingan memasak kuih tradisional dan pertandingan memancing.
Program Rewang Sekampung menurut Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirrudin Bin Shari, penganjuran program ini adalah platform strategik antara pihak kerajaan negeri bersama pemimpin, belia dan komuniti bagi memperjelaskan strategi, tindakan dan perancangan pihak kerajaan negeri dalam membangunkan kampung dan komuniti luar bandar. Program ini juga katanya dapat membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian.
Program Rewang Sekampung menurut Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirrudin Bin Shari, penganjuran program ini adalah platform strategik antara pihak kerajaan negeri bersama pemimpin, belia dan komuniti bagi memperjelaskan strategi, tindakan dan perancangan pihak kerajaan negeri dalam membangunkan kampung dan komuniti luar bandar. Program ini juga katanya dapat membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian.
Selain itu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak kerajaan, pemimpin dan juga masyarakat, selain membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian
YB Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adait Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Sepat berkata, program seperti rewang, kenduri sekampung pula dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan gotong royong dalam kalangan belia dan masyarakat kampung untuk bersama sama menyediakan pelbagai jensi menu untuk santapan semua.
Jom kita lihat antara aktiviti yang diadakan pada program rewang sekampung ini:
Acara Berendoi
Acara Rewang Sekampung
Acara Berendoi
Gotong-Royong
Pertandingan Memasak Kuih Tradisi
Pertandingan Futsal
Akhir kata, program seperti ini harus dikekalkan kerana ianya dapat memupuk semangat masyarakat setempat terutama golongan muda dalam memelihara kawasan setempat. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan negeri Selangor dan tidak dilupakan kepada pihak Gaya Travel kerana menjemput Faries untuk turut serta dengan program ini.
#KitaKeKampung
#KitaRewangSekampung #KitaSelangor
#Pusing Selangor Dulu
#GayaTravel
#GayaTravel
#MediaSelangor
#PMNS
7 comments:
Seronok kan merewang macam nie. Suasana kampung sebegini yang membuatkan suasana kampung hidup. Beruntung you dapat pergi event nie.
Meriah la ada event macam ni selepas dua tahun berehat kan! This is nice to eratkan silaturrahim among one another! Good to see this and hopefully more to come kan.
menarik aktiviti merewang macam ni.. eriah.. budaya tolong menolong tu yg sgt best sebenarnya
Merewang ker tu atau menengok orang rewang jer hehehe maklum lah datang as artis gituwwwww hehehe.. dah lama kat kg tak buat macam ni sekarang catering jer...
Ohh wow...so so happening this event, a good chance to meet the orang kampung to learn more from them on some cultural activities especially. Thanks for this story. Cheers Siennylovesdrawing
Bestnya rewang macam ni. Lama dah tak tengok aktiviti gathering ramai-ramai macam ni.
Rindu nak merewang ni. Kalau nak bantu, kena bawa pisau sendiri. Baru boleh kupas bawang. Hahaha. Masakan kalau dari kawah memang lain nikmat kan. Nyummmsss
Post a Comment