Sunday, November 13, 2022

Program ‘Kita Rewang Sekampung’ Peringkat Daerah Kuala Langat 2022 Bersama Masyarakat Setempat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru-baru ini, Program Kita Rewang Sekampung telah diadakan di daerah Kuala Langat Selangor bertempat di Dataran Batu Laut Tanjung Sepat pada 11 dan 12 November 2022. Ini adalah antara usaha kerajaan Negeri Selangor dalam antara mengeratkan hubungan masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu yang melakukan gotong-royong membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan atau kesyukuran dalam komuniti setempat. Ini merupakan pengalaman pertama Faries ikut serta dalam program seperti ini dan ianya sangat menarik dan macam-macam aktiviti yang Faries dapat lihat dan pelajari.


Program Kita Rewang Sekampung ini yang berlangsung selama dua sehari menyediakan pelbagai aktiviti antaranya program pembersihan pantai Batu Laut, majlis marhaban dan berendoi, majlis perasmian medan selera MPKL pantai batu laut, pertandingan futsal, kenduri sekampung (rewang), pertandingan memasak kuih tradisional dan pertandingan memancing.

Program Rewang Sekampung menurut Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirrudin Bin Shari, penganjuran program ini adalah platform strategik antara pihak kerajaan negeri bersama pemimpin, belia dan komuniti bagi memperjelaskan strategi, tindakan dan perancangan pihak kerajaan negeri dalam membangunkan kampung dan komuniti luar bandar. Program ini juga katanya dapat membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian.


Selain itu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak kerajaan, pemimpin dan juga masyarakat, selain membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian

YB Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adait Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Sepat berkata, program seperti rewang, kenduri sekampung pula dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan gotong royong dalam kalangan belia dan masyarakat kampung untuk bersama sama menyediakan pelbagai jensi menu untuk santapan semua.

Jom kita lihat antara aktiviti yang diadakan pada program rewang sekampung ini:

Acara Rewang Sekampung




Acara Berendoi



Gotong-Royong


Pertandingan Memasak Kuih Tradisi


Pertandingan Futsal


Akhir kata, program seperti ini harus dikekalkan kerana ianya dapat  memupuk semangat masyarakat setempat terutama golongan muda dalam memelihara kawasan setempat. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan negeri Selangor dan tidak dilupakan kepada pihak Gaya Travel kerana menjemput Faries untuk turut serta dengan program ini.


#KitaKeKampung 
#KitaRewangSekampung 
#KitaSelangor
#Pusing Selangor Dulu
#GayaTravel
#MediaSelangor
#PMNS

7 comments:

Rawlins GLAM said...

Seronok kan merewang macam nie. Suasana kampung sebegini yang membuatkan suasana kampung hidup. Beruntung you dapat pergi event nie.

Kitkat Nelfei said...

Meriah la ada event macam ni selepas dua tahun berehat kan! This is nice to eratkan silaturrahim among one another! Good to see this and hopefully more to come kan.

AyuArjuna BiGoshh said...

menarik aktiviti merewang macam ni.. eriah.. budaya tolong menolong tu yg sgt best sebenarnya

Mahamahu said...

Merewang ker tu atau menengok orang rewang jer hehehe maklum lah datang as artis gituwwwww hehehe.. dah lama kat kg tak buat macam ni sekarang catering jer...

仙妮 said...

Ohh wow...so so happening this event, a good chance to meet the orang kampung to learn more from them on some cultural activities especially. Thanks for this story. Cheers Siennylovesdrawing

Zayani Zulkiffli said...

Bestnya rewang macam ni. Lama dah tak tengok aktiviti gathering ramai-ramai macam ni.

Ruby said...

Rindu nak merewang ni. Kalau nak bantu, kena bawa pisau sendiri. Baru boleh kupas bawang. Hahaha. Masakan kalau dari kawah memang lain nikmat kan. Nyummmsss