Thursday, November 10, 2022

Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Makanan Laut Murah dan Segar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Buat peminat makanan seafood korang pasti susah atau tak tahu dekat mana nak cari seafood yang sedap plus murah dekat area KL ni. Ok ni nak cerita, baru baru ni Faries dan kawan-kawan pergi sendiri ke sebuah restoran yang terletak di Galaxy Ampang Mall. Restoran ini namanya Restoran Zaman Ku. Apa yang menarik sangat seafood dekat sini? Jom teruskan membaca....

Restoran Seafood Zamanku baru beroperasi lebih kurang dalam setahun lebih dan ianya cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama kesegaran hidupan laut yang ditawarkan dalam setiap masakannya.


Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dengan dua waktu operasi iaitu 11 pagi - 3 petang dan 5 petang - 10 malam. Hiasan dalaman berkonsepkan klasik, kelihatan begitu banyak dekorasi barangan antik, kerusi meja kayu serta meja bulat yang sesuai untuk mereka yang ingin adakan makan besar bersama keluarga di sini. Untuk info, Restoran Seafood Zaman Ku ini boleh menempatkan sehingga 120 pax untuk satu-satu masa.



Jadi, apa menu yang paling istimewa dekat sini? Jom korang tengok menu-menu signature yang ditawarkan disini...

Signature Crab in Chilli Style

Deep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced

Deep Fried Fish With Signature Nyonya Sauce

Deep Fried Sotong in Salted Egg

Kam Heong Style Lala

Thai Style Homemade Beancurd 

Four Season Vege


Review ****

Secara keseluruhan Faries nak bagi 4.5/5 dekat restoran zaman ku ni sebab memang sedap, cukup rasa dan yang paling penting fresh! Benda yang wajib korang cuba mestilah Signature Crab In Chilly Style yang wajib dimakan bersama dengan Mantao goreng. Gabungan ketam segar serta resepi rahsia masakan daripada chef di restoran ini terbukti berhasil dan berjaya menghasilkan satu hidangan yang sedap. Selain itu, menu Deep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced pun sangat luar biasa. Gabungan soy sauce bersama tiger prawn yang segar dan manis membuatkan menu ini sangat sedap. Yang lain pun sedap sangat, korang wajib cuba. Sangat recommended

Disini juga ddsediakan juga perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda. Begitu juga dengan perkhidmatan katering untuk majlis. Korang boleh hubungi je no. tertera dibawah.

Antara menu-menu lain yang terdapat direstoran Zaman Ku ini.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari:



Tel: 018-2341010 atau 018-2160000 

Restaurant Seafood Zaman Ku
Galaxy Ampang Shopping Centre, LG-J1, 
Mall, Jalan Dagang 5, Taman Dagang Jaya, 
68000 Ampang Jaya, Selangor

No comments: