Monday, December 5, 2022

3 Sebab Kenapa Pentingnya Miliki Insuran & Takaful Peribadi -Stable Vision Cooperation Sdn Bhd

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Bila kita bercakap mengenai insuran atau takaful perlindungan diri, kebanyakan rakyat Malaysia masih belum mempunyai perlindungan insuran & takaful atau tidak mengetahui kenapa perlunya perlindungan insuran dan takaful ini. Berbeza dengan rakyat di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan adalah sangat penting dan ianya salah satu usaha menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Sebenarnya, Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke salah satu agensi takaful dibawah AIA yang terletak di Klang dan kami diberikan ruang bertanya, berbincang mengenai perlindungan takaful bersama beberapa  ejen hebat di Stable Vision Cooperation. 


Berbalik kepada perbincangan mengenai insuran dan takaful, Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Tetapi, masyarakat kita masih takut dengan ejen-ejen insuran & takaful daripada membuka hati untuk mendengar dan memiliku perlindungan insuran takaful itu sendiri. 

Mungkin ada diantara kita yang tidak sedar setiap seorang daripada kita terdedah kepada risiko kemalangan tanpa mengira usia, masa dan tempat. Namun, persoalannya, adakah kita telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan buruk yang mungkin wujud akibat kemalangan tersebut.  kepentingan untuk memiliki insurans & takaful bukan sahaja untuk melindungi diri anda, malah ahli keluarga yang tersayang.

Jom kita lihat perkara penting yang kita perlu pertimbangkan sebelum memiliki insuran & takaful individu dibawah:



5 Sebab Kenapa Pentingnya Memilikinya Insuran atau Takaful

1. Sebagai Perlindungan Kewangan & Gaya Hidup

Ramai yang mengeluh apabila harga minyak meningkat, atau apabila barang harian mula dikenakan cukai. anda juga tidak terkecuali. Kos sara diri semakin membebankan, apatah lagi jika korang tinggal di kawasan kota metropolitan yang serba serbi mahal. Tambahan lagi dengan tol dan caj parkir yang tinggi, adalah mustahil untuk korang membuat simpanan wang setiap bulan, jika ada pun mungkin dalam jumlah yang sangat sedikit.

Tetapi, korang pernah terpikir tak sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan anda lumpuh dan tidak dapat bekerja, cukupkah simpanan anda selama ini untuk menampung bil rawatan yang tinggi? Bagaimana pula dengan perbelanjaan harian anda dan keluarga? Atau komitment bulanan keluarga? Apatah lagi jika anda merupakan satu-satunya pencari nafkah di dalam keluarga anda?

Lebih teruk lagi sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kematian. Sanggupkah anda membiarkan keluarga anda dibebani dengan hutang perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta? Siapa pula yang akan menanggung kos pembelajaran anak-anak?

Insurans kemalangan diri di Malaysia, umumnya, menyediakan jumlah pampasan tunai sekaligus sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal/ lumpuh. Dengan pampasan tunai ini, ia dapat mengganti pendapatan yang hilang sekiranya anda mengalami lumpuh yang dapat membantu anda dan keluarga meneruskan gaya hidup seperti sediakala. Terdapat juga manfaat tunai hospital dan belanja rawatan yang dapat menampung perbelanjaan perubatan anda yang tinggi, jadi anda atau ahli keluarga tidak perlu bergolok bergadai atau mengeluarkan simpanan anda untuk membayar pihak hospital. Anda cuma perlu fokus kepada pemulihan anda tanpa perlu memikirkan kesemua ini. Sekiranya anda meninggal dunia, tunai pampasan sekaligus dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala tanpa dibebani hutang.

2. Insurans Yang Disediakan oleh Majikan adalah terhad

“Syarikat saya sudah menyediakan insurans perlindungan untuk saya” Percaya atau tidak, ini merupakan alasan paling banyak yang diberikan oleh orang ramai apabila ditanya kenapa mereka tidak membeli insurans kemalangan diri.

Kalau nak tahu, jenis-jenis perlindungan yang diberikan oleh majikan kebiasaannya, perlindungan yang diberi hanyalah rawatan perubatan klinik atau hospital, dan pampasan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal/lumpuh yang terhad. Mungkin tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan ansuran rumah atau kereta?

Dan sedarkah anda, perlindungan insurans hanya akan diberi selama mana kita berkhidmat dengan syarikat tersebut? Bagaimana pula sekiranya anda mengalami lumpuh yang menyebabkan anda tidak dapat bekerja selama-lamanya? Atau perkhidmatan kerja anda dihentikan oleh majikan akibat lumpuh yang anda alami, dan anda hilang bukan sahaja mata pencarian malahan manfaat-manfaat pekerja yang anda nikmati selama ini termasuk perlindungan insurans?

Di sini lah pentingnya memiliki insurans Kemalangan Diri peribadi, yang boleh menjadi sandaran sekiranya kedua-dua perkara yang dsebutkan tadi terjadi. Tambahan pula, memiliki lebih daripada satu insurans Kemalangan Diri merupakan kelebihan kepada anda untuk membuat tuntutan berganda tertakluk kepada had maksimum perlindungan yang terdapat di dalam polisi Insurans Kemalangan Diri anda.

3. Kemalangan tidak dapat dijangka

Tiada satu pun kemalangan di dunia ini boleh dijangka. Ia boleh berlaku sewaktu anda berulang alik ke tempat kerja, atau sewaktu berada di pejabat malahan sewaktu anda sedang memasak di dalam rumah! Tidak kira betapa berhati-hatinya kita dalam melalui kehidupan ini, kita tidak boleh mengawal bila dan di mana ia akan berlaku, tetapi kita dapat mengawal kesan dan akibat dari kemalangan tersebut dengan adanya perlindungan Insurans Kemalangan Diri dalam erti kata lain kita boleh mempersiapkan diri kita untuk menghadapi kemungkinan yang berlaku .

Dengan adanya insurans kemalangan diri, anda tahu sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang menyebabkan anda hilang upaya menyeluruh kekal/lumpuh mahupun menyebabkan kematian, wang pampasan yang akan diperolehi daripada polisi insurans Kemalangan Diri anda akan dapat menampung hutang-hutang anda tanpa membebankan keluarga yang tersayang, malahan wang pampasan itu juga dapat digunakan untuk membeli alat sokongan bantuan khas atau mengubahsuai rumah anda untuk memudahkan pergerakan sekiranya anda lumpuh akibat kemalangan tersebut. Bukan semata-mata untuk membayar rawatan hospital dan perbelanjaan harian sahaja!

Dengan kesemua manfaat-manfaat yang disebut di atas, masihkah anda berkira untuk mengeluarkan sejumlah wang yang kecil setiap bulan untuk mendapatkan perlindungan kemalangan untuk diri dan keluarga? Kerana dengan jumlah wang kecil yang anda ketepikan setiap bulan ini lah yang mampu melindungi anda untuk 20 atau 50 tahun yang akan datang walaupun anda sudah tidak mampu bekerja lagi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ia mungkin dapat menandingi jumlah simpanan yang anda simpan setiap bulan untuk tempoh 50 tahun!

Sepanjang perbincangan kami hampir dua jam bersama ejen-ejen di Stable vision, kami diberikan pendedahan dan perincian mengenai peri pentingnya memiliki perlindungan insuran & takaful. Segala soalan yang kami lontarkan dijawab dengan baik. Faries boleh cakap, walaupun Faries sudah mempunyai perlindungan peribada sendiri, tapi masih banyak yang Faries tak tahu dan dalam sesi ini semuanya terjawab. Boleh dikatakan sembang santai dan yang penting semua dapat informasi yang tepat.


Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai perlindungan takaful, anda boleh hubungi atau rujuk ejen-ejen terbaik dibawah stable vision seperti dibawah:

Dari atas Beh Yew Yong, Era, Ili Aainaa, Khoo Cheng May dan Siti

Untuk pengetahuan lanjut mengenai takaful, korang boleh layari atau hubungi 


Stable Vision Corporation Sdn Bhd
Level 7.01, Menara AIA No 68,
Jalan Batai Laut 4,
Taman Intan, 41300,
Klang, Selangor

email: enquiry@sv.com.my

Malays

10 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

menarik jenis perlindungan yang ditawarkan oleh AIA. mmg kena ada persediaan dengan mengambil insurans seperti ini kan :-)

Bae Roslan said...

betul insurans ni dah jadi keperluan. kita perku lebih banyak awareness tentang insurans. artikel yang baik dan bermanfaat

AlongMurni said...

banyak betul pakej yang ditawarkan AIA ini yea.. memang perlu ada persediaan insurans ini.. mana tahu apa2 jadi kepada kita, atleast anak2 ada simpanan dan sebagai pewaris..

Kitkat Nelfei said...

Betul kan we really need insurance backup since medical cost sgt tinggi sekarang! Really recommend everyone to have this kan..

Nadia Johari said...

Bagus penerangan yang diberi faries. Memnag perlu adanya insurans ni. Sebagai backup kalau terjadi apa-apa dekat kita

iena eliena said...

Ya betul insurans sangat penting. Untuk anak anak muda better amek insurans masa muda ni takde la tinggi kene bayar. Kalau dah tua baru nak sedar tinggi kene bayar bulan bulan hehe

仙妮 said...

Oh true, protection is important to have a reliable brand. Thanks for sharing this useful info. Cheers Siennylovesdrawing

Mahamahu said...

Ramai orang dah tahu tentang kepentingan takaful perlindungan tak kisah mana2 dan juga yang terbaharu hibbah pulak kan.. tapi kadang2 nak claim tu jadi masalah dan makan lama masa.. ejen pun dah bertukar dah berhentikan... Tak semua mcam tu ada yg baguskan..

Rolling Grace said...

thank you for this super detailed and well written article. i have learned so much about insurance from you!

Sunshine Kelly said...

Insurance itu semenang nya penting and wajig juga untuk perlindung diri and juga keluarga