Monday, December 19, 2022

LaundryBar Meraikan Sambutan Malam Gala Serta Merasmikan Dua Mesin Moden Layan Diri Terbaru!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini, Faries dijemput menghadiri Malam Gala Dinner City Coin Laundry Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Laundrybar di Menara Telekom, Kuala Lumpur. Acara gilang-terbilang ini dihadiri oleh para pekerja dan usahawan Laundrybar sendiri. Korang tak kan tak kenal dengan jenama kedai laundry ini kan, terdapat banyak cawangan dobi diseluruh Malaysia kot...



Untuk pengetahuan semua, seramai 300 pemegang francais hadir memeriahkan Gala Night Dinner City Coin Group ini  Antara tetamu terhormat yang turut hadir adalah Presiden Malaysian Franchise Association (MFA) Dato’ Dr Radzali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Mazlan Ibrahim, wakil TOSEI Masakazu Nomura dan lain-lain lagi. Pada malam tersebut juga, Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang secara rasminya membuat pengumuman iaitu memperkenalkan dua mesin layan diri moden dua dalam satu, yang dikenali sebagai IPSO dari Amerika Syarikat dan TOSEI dari Jepun. 

Perlancaran Mesin Layan Diri Moden Terbaru  

Seiring dengan kedaan semasa yang semakin pantas, City Coin Laundry Sdn. Bhd (Laundrybar) memperkenalkan dua mesin dobi layan diri terbaharu yang lebih menjimatkan masa bagi kegunaan semua pelanggan. Menurut Paul, Laundrybar akan terus mengikut kehendak semasa dan masyarat dalam menyediakan perkhidmatan layan diri yang terbaik di Malaysia. 


Beliau turut memberitahu, penggunaan gas kurang 20 peratus berbanding dengan mesin-mesin layan diri sebelum ini. Dan paling istimewa adalah Laundrybar merupakan pengedar eksklusif bagi dua mesin layan diri terbaharu ini.Sementara itu, Mr Paul terus menggalakkan pemegang francais bagi mempromosikan kepada masyarakat memandangkan perkhidmatan mesin moden ini mampu memberi manfaat yang berguna, terutama sekali dari segi masa.

Mr Paul turut memberitahu, pengguna mesin layan diri di Malaysia masih berada pada kadar rendah, lebih kurang lima peratus sahaja dan ia sekaligus menjadikan peluang pasaran untuk perkhidmatan ini lebih besar berbanding di negara lain seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat. Selain itu, pada masa ini, hanya jenama Laundrybar yang berjaya melebarkan francais ke pasaran luar negara yang kini telah mempunyai 200 cawangan.

Dalam pada itu, Mr Paul turut menzahirkan penghargaan kepada semua pemegang francais yang terus mempercayai jenama ini dan beliau berterima kasih kepada semua serta memberikan penghargaan kepada di atas usaha yang berterusan dari semua pihak. 

Senarai Penerima Anugerah 

Tidak dilupakan juga terdapat acara pemberian setinggi-tinggi anugerah sebagai tanda penghargaan kepada franchise yang dianugerahkan oleh Pengarah urusan dan Pengasas LaundryBar En Paul Ang dan juga Mdm Sandra Chua. 

.
Antara kategori anugerah adalah:
๐“๐ก๐ž ๐œ๐ฅ๐ž๐š๐ง๐ž๐ฌ๐ญ ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ
- LaundryBar Seksyen 16, Anggerik Indah
- LaundryBar Mutiara Rinching
- LaundryBar Sky Awani
.
๐“๐ก๐ž ๐›๐ž๐ฌ๐ญ ๐‚๐’๐‘ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
- Bullet Awesome Sdn Bhd
- Bullet Tough Sdn Bhd
.
๐“๐ก๐ž ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ญ ๐š๐œ๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐ข๐ง ๐’๐จ๐œ๐ข๐š๐ฅ ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
- NX Goh Enterprise
.
๐‹๐จ๐ง๐  ๐‘๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ญ๐ง๐ž๐ซ
- NX Goh Enterprise - 8 Years
- Metrocity Sunshine Sdn Bhd - 9 years
.
๐“๐ก๐ž ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ญ ๐ง๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐จ๐Ÿ ๐‹๐š๐ฎ๐ง๐๐ซ๐ฒ๐›๐š๐ซ ๐Ž๐ฎ๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ
- Marvel Force Sdn Bhd
- Diamond Paradise Trading

Tahniah diucapakan kepada penerima anugerah. Ini sekali lagi menbuktikan bahawa francaisi sangat bertanggungjawab dalam setiap usaha membangunkan laundrybar sentiasa menjadi jenama No.1 Perkhidmatan Dobi Layan Diri di Asia Tenggara dan teruskan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Untuk pengetahuan lanjut, boleh layari 

No comments: