Sunday, December 25, 2022

Rawat Masalah Ekzema Dengan Eskayvie Diffenz

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Eskayvie Diffenz, satu produk suplemen kesihatan yang dah lama ada di pasaran hingga hari ini. Produk ni sangat popular waktu PKP yang lepas berikutan Pandemik Covid-19. Dari apa yang Faries tahu, Eskayvie Diffenz ni telah terjual jutaan unit sejak ia mula dipasarkan. Wow! Banyak tu kan. Apa yang hebatnya Eskayvie Diffenz ni? Nanti Faries akan ceritakan dengan lebih lanjut.

Kalau bercerita mengenai produk Eskayvie Diffenz ni, Faries pasti ramai yang tahu, produk ni sangat bagus untuk tingkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan serangan kuman dan virus. Sebab tu la produk ni sangat popular dan laris waktu PKP lepas. Namun tak ramai juga yang tahu, sebenarnya banyak lagi manfaat lain produk ni. Antaranya, adalah merawat masalah Ekzema.

Apakah Penyakit Ekzema?


Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Malahan orang dewasa juga boleh diserang ekzema. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Ia adalah keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Namun begitu, Ianya bukanlah satu jangkitan.

Penyakit ekzema berkait rapat dengan faktor genetik dan kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang sama. Faktor genetik menyebabkan kulit mengalami kerosakan, tindak balas sistem imun yang berbeza, seterusnya menyebabkan kulit hilang fungsi sebagai pelindung sehingga, berlakunya alahan dan rengsa. Tanda ekzema pada kulit agak berbeza bergantung kepada jenis ekzema. Kawasan kulit yang terjejas juga berbeza mengikut jenis ekzema.


Antara sifat utama penyakit ini adalah menyebabkan kulit berasa sangat gatal dan merah. Ruam berbiji atau berair mungkin dialami pada bahagian muka, kulit yang berlipat seperti leher, depan siku dan pelipat lutut. Kulit juga akan kelihatan kering.

Apa penyebab ekzema?

Dipercayai berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang terlalu sensitif. Ekzema juga disebabkan oleh tindak balas yang tidak normal terhadap protein yang merupakan sebahagian daripada sel tubuh badan. Antara penyebab yang meningkatkan risiko untuk mengidap ekzema adalah:

  • Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga.
  • Kecacatan pada sistem perlindungan kulit yang menyebabkan lapisan kulit kehilangan  kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.                          
  • Bersentuhan dengan bahan kasar.
  • Pendedahan kepada cuaca atau keadaan yang terlalu panas terlalu sejuk.
  • Pendedahan kepada produk rumah tertentu seperti sabun atau detergen.
  • Bersentuhan dengan dander haiwan.
  • Tekanan atau stres.
  • Kain yang diperbuat daripada material sintetik.
  • Peluh badan.
  • Penurunan mendadak dalam tahap kelembapan sekeliling.
  • Alahan makanan
Gejala Ekzema

 

Ekzema menyebabkan simptom kulit gatal, kering, kasar dan meradang. Gejala ekzema mampu menyerang dan pulih secara sendiri. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan terutamanya di kawasan lengan, siku, belakang lutut, atau kepala (terutama pipi dan kulit kepala). Ia bukanlah penyakit yang mudah merebak dan akan semakin berkurangan mengikut usia. Antara gejala penyakit kulit ekzema adalah seperti yang berikut:

● Tompok merah atau coklat-kelabu.
● Lepuh kecil yang mengandungi cecair jernih dan akan mengalir keluar.
● Kulit boleh menjadi berkerak apabila digaru dan terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder.
● Kulit tebal dan bersisik.
● Kegatalan kulit.
● Ruam kulit.

Hampir semua pesakit dengan ekzema mengadu kegatalan. Oleh kerana gejala antara penyakit kulit jenis ekzema adalah sama, ciri-ciri plak atau ruam kulit boleh membantu dalam membezakan antara jenis ekzema. Sebagai contoh, ”stasis dermatitis” paling kerap berlaku di bahagian bawah kaki manakala “atopic dermatitis” berlaku di bahagian hadapan siku dan di belakang lutut.

 

Apakah Rawatan Untuk Ekzema?


Ekzema tiada ubat penyembuh namun ada pelbagai cara untuk merawat ekzema dengan baik. Masalah ekzema ini boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya dan akan baik dengan sendirinya. Namun, untuk baik dengan sendirinya ia mengambil tempoh yang lama dan pesakit yang menghidapnya akan terseksa menderita kerana menahan kegatalan pada kulit.

Eskayvie Diffenz merupakan antara solusi untuk merawat ekzema. Ia diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ia HALAL, selamat, berkesan dan sedap dengan berperisa blackcurrant serta mudah diambil kerana ia dalam bentuk tablet.

Eskayvie Diffenz menggunakan bahan 100% semula jadi. Di dalamnya ada bahan superfood seperti Cendawan Susu Harimau yang sangat bagus untuk paru-paru, membantu meningkatkan sistem imun badan, antikanser dan ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat simptom yang berkaitan dengan masalah pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.



 



Kelebihan Eskayvie Diffenz

● Mengatasi masalah resdung, alahan, asma, ekzema
● Menguatkan & melindungi paru-paru
● Meningkatkan sistem imun badan
● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru
● Memberi tenaga

Cara Pemakanan

 


Cara pemakanan Eskayvie Diffenz sangat mudah. Diffenz adalah tablet boleh kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

Kanak-kanak berumur 5-17 tahun disyorkan untuk mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi. Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas, ambil 1 ke 2 tablet sehari, disyorkan selepas makan.

Feedback Mengenai Ekzema

Di bawah ni Faries kongsikan beberapa feedback mereka yang dah cuba dan amalkan Eskayvie Diffenz serta apa kesan dan perubahan mereka yang alami.



Dari perkongsian di atas, kita boleh lihat Eskayvie Diffenz ni dapat membantu merawat ekzema.

Selain ekzema, Eskayvie Diffenz juga dapat merawat masalah asma. Tonton video dibawah perkongsian dari Pn Afizan yang 5 tahun menderita asma kronik, hidup hanya bergantung inhaler, namun semuanya berakhir selepas mengamalkan Eskayvie Diffenz.

 

 

Pentingnya Pengambilan Eskayvie Diffenz Sebagai Amalan Harian

 


Pada waktu sekarang di mana kita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit diluar sana, sangat penting kita persiapkan diri dengan suplemen tambahan untuk tingkatkan imun dan pertahanan badan bagi melawan serangan kuman dan virus.

Kita telah diajar agar mengutamakan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar semenjak kedatangan virus Covid-19. Selain kebersihan diri dari luaran, penting kita tingkatkan pertahanan diri dari dalam bagi melawan penyakit. Mereka yang amalkan suplemen tambahan agak jarang diserang penyakit berjangkit berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Antara suplemen terbaik dan berpatutan yang ada di pasaran adalah Eskayvie Diffenz. Eskayvie Diffenz terbukti telah membantu ramai pesakit di luar sana. Kalau korang search kat media sosial atau Google pun korang boleh jumpa banyak testimoni pengguna kat situ.

Kepada yang berminat nak dapatkan Eskayvie Diffenz atau nak tahu lagi, korang boleh dapatkannya di laman web dan media sosial mereka pada link yang Faries kongsikan dibawah ni.

 

Website : www.eskayvie.com
Instagram : https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook : https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

#KitaIkhtiar #EskayvieDiffenz



No comments: