Sunday, December 18, 2022

Selangor Youth Community (SAY) Meraikan Majlis Malam Gala Bersama DYTM Raja Muda Selangor

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Faries dijemput untuk menghadiri Majlis Gala Dinner Selangor Youth Community (SAY) pada 15 Disember 2022 bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini diadakan bagi meraikan sambutan 5 tahun SAY. Terdapat hampir 380 penaja bagi majlis ini dan terdapat majlis penyampaian anugerah kepada penerima yang dipilih secara teliti oleh komuniti dan DYTM Raja Muda Selangor. Tema malam tersebut ialah “Celebrating Achievements, Shaping Global Champions”. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.



Untuk pengetahuan semua, Selangor Youth Community (SAY) atau panggilan mudah Komuniti Belia Selangor adalah sebuah badan NGO yang diasaskan oleh Raja Muda Selangor iaitu DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Penubuhan SAY ini bertujuan mewujudkan komuniti belia dikalangan rakyat Selangor. DYTM Tengku Amir Shah sendiri ingin memastikan Negeri Selangor menjadi sebuah komuniti paling bertenaga dan dinamik melalui empat bidang tumpuan iaitu dalam bidang keusahawanan, industri seni dan kreatif, khidmat masyarat dan juga sukan.


Sambutan makan malam gala yang ke 5 ini diserikan dengan tema NEON. Antara penaja utama majlis ini ialah  Sunway Group Berhad. Penaja lain Prince's Trust International, Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, Rafulin Holdings, Kumpulan Biforst. Wakil rakan kongsi seperti Kementerian Belia dan Sukan, agensi, wakil perniagaan kecil, pemimpin belia dan sukarelawan daripada pelbagai industri serta belia yang terlibat turut datang memeriahkan majlis malam gala itu.Dapat menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman diantara ASEAN Foundation dan Selangor Youth Community (SAY) untuk memulakan kerjasama bagi program pemerkasaan belia di seluruh rantau ini.


Senarai Penerima Anugerah Say's 5th Anniversary Gala


⧪Anugerah Belia Raja Muda Selangor:
Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, 34 tahun, bekas Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor

⧪Pemenang Anugerah Organisasi Belia Terbaik:
Adab Youth Garage (menyediakan akses pendidikan dan peluang untuk belia yang kurang mendapat perkhidmatan di kawasan perumahan kos rendah).

⧪Anugerah Kepimpinan SAY (Seni & Kreatif):
Dhiyaul M. Asyraf (Yaul Acap), 31 tahun, Pengasas Art Battalion.

Anugerah Kepimpinan SAY (Sukan & Kesejahteraan):
Daphne Ng Chiew Yen, 34 tahun, Bekas Atlet Badminton Kebangsaan, Ketua Jurulatih/Pengasas Bersama Duo Sparks.

Anugerah Kepimpinan SAY (Keusahawanan):
Jason Fung, 24 tahun, Pelatih dan Mentor untuk Pemimpin Muda, Pelatih Pengurusan dan Bakat Baru.

⧪Anugerah Kepimpinan SAY (Perkhidmatan Komuniti):
Hairull Abdullah, 25 tahun, Penyelarasan Biodiversiti dan Pemuliharaan, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC).

Best Team Participant :
Izzah Ezureen binti Mohamed Yusoff, 25 tahun, Pengasas Kopi Kontena Hulu Bernam.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Anugerah yang diterima bukanlah mudah dan pemilihan dibuatkan berdasarkan impak dan sumbangan mereka semua didalam bidang kepakaran dan industri masing-masing. Gunakanlah peluang ini sebagai satu semangat untuk kekal terus menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.


Makan malam kami dihidangkan dengan menu-menu istimewa oleh pihak Sunway Resort Hotel serta diserikan lagi oleh persembahan penyanyi muda Naim Daniel. Kami juga dipertontonkan tayangan filem pendek yang juga telah tersenarai sebagai pemenang kempen belia juara SAY yang ke 5 iaitu filem "A Dream" Joy (Kiara) dan Ong Yee Jing - , "Nostalgia"-Leeyana Sulong -  dan "102 Hari"-Seha M.S.O.Tidah lupa juga, kami turut disajikan dengan persembahan istimewa anak orang asli dari Gerik, Perak dibawah projek Kemar Tari, yang ditaja oleh SAY di bawah Belia Juara Seed Funding yang memberi manfaat kepada 20 anak orang asli. Lama tengok deorang ni berlatih untuk buat persembahan terbaik malam tu.


Terima kasih kepada SAY dan pihak Sunway Resort Hotel diatas jemputan. Kami sangat terhibur dan seronok menghadiri majlis yang gemilang pada malam tersebut. Diharapkan majlis-majlis seperti ini berterusan bagi menghargai komuniti belia dan masyarakat setempat...


No comments: