Sunday, March 19, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023 : Maha Buffet Maeps Menawarkan Iftar Terbesar Tahun ini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ramadan tahun 2023 akan membuka tirai dalam sikit masa sahaja lagi. Korang dah siap sedia untuk sambut bulan yang mulia ini? Eh tak lupa dengan tempat-tempat menarik berbuka puasa tahun ini. Faries nak racun sikit tempat menarik iftar tahun ini iaitu MAHA BUFFET yang akan menyajikan hampir 200 jenis hidangan. MAHA Buffet merupakan kolaborasi diantara Mak Kimbong x Experiment Kitchen.

Untuk pengetahuan semua, dua nama besar dalam industri Food and Beverage (F&B) iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan pada tahun ini.


Lokasi:
  • Tempat: Dewan C MAEPS Serdang. 
  • Tarikh: 25 March sehingga 21 April 2023 dari jam 
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10.00 malam
Bertemakan Street Food, masakan kampung dan barat, terdapat 20 live cooking menu yang terdiri dari hidangan bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih. Antaranya seperti kepak ayam bakar, daging bakar, tokoyaki dan pelbagai. Jom kita lihat menu-menu yang ditawarkan









Di MAHA BUFFET ini turut menyediakan Kids Food Station istimewa buat kanak-kanak. Semua yang disediakan memang menu yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Sangat sesuai dengan tagline “Family Friendly Buffet”,buffet ramadhan terbesar di Malaysia ini bukan sahaja menyediakan pelbagai hidangan hebat bahkan turut disediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga sebelum waktu berbuka. 

Aktitivi Lain:

Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Pengunjung juga pasti tidak bosan menunggu waktu berbuka ataupun ketika menikmati hidangan iftar memandangakan mereka akan ditemani dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid dan perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.


Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Sekaligus memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka. 

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar. Jadi tidak akan ada masalah untuk mereka yang datang beramai-ramai untuk berbuka puasa.

Hidangan yang ditawarkan semuanya sedap dan hebat. Menekankan dari segi konsep rasa perlulah sedap,cukup rasa dan puas ketika menikmatinya..Paling penting BERSIH, luas dan beri keselesaan. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayangdan sangat teliti penyediaanya.Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Bayangkan kita boleh dapat semua kemudahan dan manfaat ini :-

✓ 200 jenis menu pelbagai jenis
✓ Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
✓ 2 mega Kids area
✓ Persembahan artis nasyid terkenal
✓ Perkongsian penceramah terkenal tanah air
✓ Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
✓ Parking PERCUMA
✓ Surau yang luas & selesa

Harga:

RM89.90 SAHAJA (dewasa)
RM49.90 (kanak-kanak/OKU/Warga emas)
PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

Macam mana? Berbaloi bukan! Jom ramai-ramai ajak seisi keluarga ke Maha Buffet tahun ini.

Nak tahu lebih lanjut atau sebarang pembelian boleh klik link di bawah:


No comments: