Sunday, April 2, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023: Kontiki Restaurant Federal Hotel Kuala Lumpur Menawarkan Juadah Kampung Buffet

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam sedar tak sedar kita dah masuk hari yang ke 11 berpuasa bagi tahun 2023 ini. Macam mana sambutan ramadhan tahun ini? Dah berapa banyak buffet ramadan dah korang cuba? Faries nak kongsi dengan korang tempat berbuka yang wajib Faries pergi tiap tahun ialah Kontiki Restaurant di Federal Hotel Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, Hotel Federal Kuala Lumpur ialah hotel bertaraf antarabangsa pertama di pasca kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu/ Ia dibina bagi memberi penghormatan kepada sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dengan berkhidmat sebagai hotel bagi warga asing. Ia dibuka untuk untuk perniagaan tiga hari sebelum Hari Merdeka yang jatuh kepada 31 Ogos 1957. Jadi hotel ini sangat terkenal dengan bapa kemerdekaan negara kita iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Jom kita lihat menu-menu yang ditawarkan disini, antaranya ialah pelbagai jenis kerabu antaranya kerabu mangga, kerabu timun, kerabu daging, kerabu kerang, kerabu udang, kerabu ayam, kerabu taugeh, rojak buah, ulam-ulam Kampung termasuk ikan masin, telur masin, tauhu sumbat, pulut kuning with serunding, acar buah, acar rampai, lemang, ketupat, ayam bakar bersama nenas, garden salad, salmon bakar, smoked tengirri, daging itik, pilihan makanan laut dan juga sushi.












Makanan utama disini ialah opor ayam, ketam masak pedas, tempe goring dengan ikan bilis, ayam masak kuning, daging masak cili, sotong masak tauchu, ayam kari siam, daging kicap kacang pea, kembong goring serai from Tunku’s cuisine; ayam lemak cili api, kambing kicap kacang pea, ketam sos tomato, siakap masak halia, oxtail asam pedas, ayam masak merah, siakap paprik, Daging kurma kentang, ketam kari hijau, sotong kicap berempah, ayam phad phed, pari asam pedas, mussel lemak nenas, sotong rendang hijau, tenggiri goreng berempah, daging rending tok, gulai ayam kampong, udang galah berlada with petai; prawn masala, lamb roganjosh, chicken buttermilk, mutton masala, ayam makhani, daging varuval; stir fried prawn with chili sauce, steam fish with ginger& spring onion, braised duck with ginger, fried boneless chicken with lemon sauce, fried prawn with hunan sauce, fried mussel with sweet sour sauce, stir fried beef with black pepper, mussel with celery, steamed fish with soya sauce; sayur campur goreng jawa, aloo ghobi, braised broccoli, mushroom & tofu with oyster sauce, braised assorted mushroom with brocolli, pajeri nenas, gratin cauliflower, loh hon chai, kacang panjang dengan udang kering bercili, mix vegetables with butter sauce. Korang wajib cuba masakan kampung dekat kontiki ni sebab sedap sangat.





Untuk pengemar masakan barat, disini turut disediakan pelbagai jenis menu antaranya beef pot roast, pasta carbonara with slice chicken, pan fried salmon fillet with tomato herbs sauce, vegetables lasagna, Hungarian beef goulash, pasta marinara seafood, pan fried seabass with teriyaki sauce lasagna al forno (chicken), beef navarin, pasta aglio olio with seafood, pan fried salmon fillet with lemon cream sauce, seafood lasagne dan banyak lagi!

Harga:


RM 158 nett Dewasa

RM 78 nett Warga Emas

RM 58 nett Kanak-kanak


Macam mana? Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan pilihan makanan yang ditawarkan. Korang jangan risau pasal rasa sebab Faries jamin semuanya sedap belaka. Jom ramai-ramai ajak keluarga, kawan-kawan, orang tersayang berbuka disini. Recommended.


Untuk pengetahuan lanjut dan sebarang tempahan, sila layari:



018 371 2080
Call: 03 2148 9166 ext. 2239

35, Jalan Bukit Bintang
50200 Kuala Lumpur, KL
Malaysia

No comments: