Wednesday, April 5, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023: Micasa Hotel All Suites Menawarkan Menu Selera Warisan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Buat yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa, jom iftar di MiCasa All Suite Hotel. Faries baru sahaja mencuba hidangan yang disediakan disana dan agak berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan. Buat sesiapa yang tak tahu MiCasa hotel ni dimana, hotel ini terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.


MiCasa All Suite Hotel menawarkan masakan 'Set Hidangan Selera Warisan' yang bertemakan makanan tradisional. Bila bercakap mengenai masakan tradisional je mesti akan teringat keluarga di kampung kan. Menurut Chef MiCasa, Chef Andrian Lai dan Chef Mustaza, mereka menyediakan set hidangan kampung kegemaran ramai antaranya Rendang daging, sate, ayam bakar bersama sos percik dan asam pedas ekor dan beberapa lagi

Harga:

RM 148 nett untuk 2 Orang Dewasa

Selain init, MiCasa All Suite Hotel juga menawarkan pakej penginapan. Pakej Perantau ini juga termasuk jenis bilik standard (studio konsep) berharga RM 398.00 nett. Bilik ini juga termasuk pakej sahur atau sarapan pagi dan set makan malam untuk dua orang.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, sila hubungi

+03 2179 8000/ +60172196126

Email: fnbkul@micasahotel.com

No comments: