Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Jam tangan pintar atau dikenali sebagai Smart Watch bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan remaja. Faries sendiri baru sahaja memiliki jam tangan pintar akibat terpengaruh dengan fungsi-fungsi yang ada pada jam pintar. Selain penggunaan telefon, jam pintar boleh dijadikan sebagai 'skrin kedua' untuk melihat maklumat seperti mod latihan, gerakan nadi dan sebagainya. Faries nak kongsi yang Faries dah jumpa satu jam pintar yang sangat memikat hati iaitu Kieslect Calling Watch Ks. Jom kita lihat apa yang menariknya jam pintar ini
Kieslect juga telah memenangi pelbagai siri anugerah antabangsa iaitu termasuklah Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award yang membuktikan reka bentuk produk Kieslect menambat hati orang ramai. Terbaiklah!
5 Sebab Korang Patut Beli Kieslect Calling Watch Ks
Pertamanya adalah tentang paparannya iaitu 1.78" Super AMOLED Display (368 x 448), boleh dikira antara paparan yang agak besar dalam kelasnya dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang menawarkan smart watch dipasaran harini. Untuk Faries sendiri lagi besar lagi bagus dan mudah untuk lihat paparan jam dan guna pakai fungsi-fungsi yang ada.Selain itu, Kieslect Calling Watch Ks ini merupakan jam pintar ketiga menggunakan 2-in 1 Core calling chip iaitu selepas jam pintar Apple dan Samsung. Dengan menggunakan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang sememangnya dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu. Contoh macam aku sendiri memang hanya sekali sahaja perlu cas dalam masa 6 hari. Dengan penggunaan yang biasa pun masih boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Jam ini didatangkan dengan Multi-Function Second Button yang mana ia mempunyai pelbagai fungsi termasuklah tekan sekali untuk ke mod sukan, dua kali tekan untuk voice assistant dan tekanan yang panjang untuk beberapa saat untuk mod SOS. Memang fungsi yang menarik kan?
App KIE OS untuk disambungkan bersama sambungan bluetooth |
⌚Terdapat 100 mode untuk sukan yang tersedia iaitu termasuklah seperti larian, berbasikal, badminton, golf, yoga dan sebagainya yang mana memang fungsi terbaik bagi mereka yang aktif bersukan dan ingin mengukur tahap kecergasan masing-masing.
⌚Fungsi Abnormal Heart Warning pula antara fungsi terbaik dimana kadar degupan jantung kita akan dipantau selama 24/7 untuk kesihatan diri. Bagi aku fungsi ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan dalam kerja dan sedikit sebanyak dapat membantu mengatur kesihatan diri.
⌚Fungsi yang menarik seterusnya adalah Quick Menu Access dan juga Music Player. Untuk Quick Menu Acces ini memang sangat membantu, hanya perlu swipe sahaja dan terus jam anda akan menjadi split screen. Senang nak memilih ketetapan yang sering digunakan. Fungsi Music Player pula membolehkan kita mendengar muzik melalui pergelangan tangan sahaja dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, tak kira sedang bersukan, memandu, dan sebagainya.
*Untuk jaminan dan kepuasan pengguna, KIESLECT menawarkan insurans jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pengguna boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Walau bagaimanapun, jika produk rosak disebabkan kesilapan pengguna, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
No comments:
Post a Comment