Tuesday, June 27, 2023

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Meraikan Ulang tahun ke -17 Bertemakan 'PJ Love U'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dalam sedar tak sedar dah hampir 17 tahun Petaling Jaya memeng status Bandaraya. Siapa yang tak kenal dengan kawasan PJ yang sangat popular dikalangan masyarakt yang tinggal di kawasan sekitar lembah Klang. Sambutan ulang tahun ini bertemankan 'PJ Love U' bertempat di Laman MBPJ di hadapan Ibu Pejabat MBPJ pada hari sabtu yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, MBPJ secara rasmi diisytiharkan pada 20 Jun 2006. Kini PJ merupakan sebuah Bandaraya yang maju serta mapan dan berdaya saing dengan kawasan-kawasan yang lain. Sambutan pada kali ini meliputi pelbagai program berbentuk jualan, pameran, pertandingan dan kejohanan dan sumbangan percuma yang dirangka oleh Majlis Bandara Petaling Jaya(MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.


Acara yang dipertandingkan pada malam kemuncak sambutan ulang tahun ini ialah pertandingan acara perarakan yang membabitkan kategori agensi/badan kerajaan, korporat, Majlis Perwakilan Penduduk/Persatuan, Pusat pengajian Tinggi dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM 6,500 selain sijil dan hadiah iringan. Serius persembahan mereka sangatlah menarik dan penuh riak tawa.


Selain ini, MBPJ menjemput para artis tempatan dan antarabangsa antaranya Aliff Aziz, Sarah Suhairi, Mr 5K, I am Neeta, Firman dan juga Nabila Mahari yang merupakan penyanyi terkenal di Indonesia.Persembahan daripada artis-artis jemputan ini sedikit sebanyak membantu dan memberi hiburan kepada para hadirin yang hadir.

Ada berita baik juga, bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, MBPJ memberi penawaran percuma bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton  dan tennis selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1000 anak pokok.

Untuk maklumat lanjut, layari terus

https://www.mbpj.gov.my/

Facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Twitter: PJcitycouncil

No comments: