Sunday, October 22, 2023

Travel Recommends-Travel Wifi Terbaik Sewaktu Bercuti di Korea

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini,  Faries telah pergi ke Korea Selatan, salah satu negara yang sangat diimpi-impikan buat peminat-peminat K-pop terutamanya golongan wanita. Bila nak travel ni mestilah nak cari servis internet kan. Nak cerita sebenarnya sebelum pergi dah survey banyak tempat untuk dapatkan kemudahan internet. Sekarang ni kemudahan internet sangat penting semasa kita travel sebab kita memerlukan bantuan navigasi, nak google satu tempat dan sebagainya. Akhirnya Travel Recommends menjadi pilihan untuk Faries gunakan kemudahan internet disana. Korang nak tahu kenapa korang kena langgan Travel Recommends pocket wifi ni? Jom teruskan membaca


Travel Recommends@ Namsan Tower Seoul Korea

Travel wifi sekarang sangat penting dan mudah digunakan berbanding dahulu. Dimana rata-rata kalau travel ke luar negara mesti akan beli sim kad tempatan dan guna je internet yang ada sampai habis data. Lagipun kebanyakan smartphone terbaru sangat secure dan untuk menukar sim kad keluar masuk akan mengambil masa dan berisiko. Jadi, poket wifi lebih jauh menguntungkan kita sebagai kaki travel dari semua aspek, iaitu harga dan jumlah data. Walaupun kita pergi ke negara yang maju seperti Korea dan Jepun yang terkenal dengan public WiFi di merata tempat, tetapi tak semuanya mudah dan lancar. Terkadang, indah khabar dari rupa. Dan, jika kita hanya bergantung pada public WiFi ini, takkan lah kita nak duduk di satu tempat sahaja semata-mata untuk mendapatkan internet? Sedangkan ketika travel, kita akan banyak berjalan dan mencari arah tuju destinasi.

Harga Langganan Travel Recommends Travel Wifi
 
Korang boleh akses terus website mereka di https://www.travelrecommends.com/my dan pilih negara mana yang korang nak pergi dan letak tarikh berapa hari. Kemudian orang boleh pilih wifi jenis apa yang korang nak nanti mereka akan calculate terus. Jom tengok


Korang masuk je terus ke laman web Travel Recommends Malaysia, akan terus appear travel wifi. Actually mereka turut menawarkan perkhidmatan selain selain travel wifi iaitu overseas sim JR pass dan banyak lagi. Jadi bila dah masuk tu korang pilih terus korang nak pergi kenegara mana. Macam Faries pilih Korea memang dah appear dekat situ dan terus click sahaja. Kalau korang tak jumpa negara yang korang nak pergi tu, korang boleh search dekat situ.



Bila dah masuk tu, korang boleh pilih nak speed jenis yang mana? Macam Faries sendiri memang ambik yang truly unlimited berharga RM 17.00 tu pun dah dapat potongan. Dah alang-alang ambik tu tapi jangan risau internet diaorang memang laju je. Oh disediakan juga insuran berharga RM 30 untuk cover sekiranya  benda ni hilang. Tu optional. kalau tak nak ambil pun tak apa...

Total RM 102.00 sahaja untuk 6 hari. RM 100 adalah security dan refundable after return back dekat mereka

Nanti dah buat pembayaran, mereka hantar kealamat kita. Sebenarnya boleh juga pickup di airport tapi Faries tak berapa pasti yang ini. Nanti korang akan dapat Travel Wifi, Pouch, USB Charge dan juga Travel adapter....


Pengalaman Menggunakan Travel Recommends di Korea

Kalau korang nak tahu, KoreaSelatan mempunyai banyak tempat menarik dan mempunyai kemudahan internet dimana2 tetapi maklumlah mesti ada restriction dan lain-lain. Macam Faries sendiri, walaupun dah sediakan itinerary lengkap ke Korea, kemudahan internet masih diperlukan sebab ada tempat-tempat yang kita nak pergi luar dari plan. Navigasi sangat penting di Korea  dimana mereka menggunakan satu apps yang dipanggil Naver Maps yang boleh memberikan maklumat lengkap bagaimana untuk kita pergi ke satu tempat seperti pilihan pengangkutan, bas, subway, taxi. Maklumat kenderaan yang kita pilih seperti no. bas dan waktu perjalanan. Dan paling penting apps ini memberikan tunjuk arah kemana tempat yang ingin kita tuju. Oleh sebab itu, Faries boleh katakan Travel Recommends sangat membantu dan mempunyai jaringan internet yang sangat laju. Faries rasa sepanjang 6 hari disana cuma ada sekali je internet terputus atas sebab kehabisan bateri. Memang terbaik sangat travel wifi ni.

Travel Recommends & theSameE by YG Entertaiment

Since kitaorang pergi berdua dan average penggunaan internet dalam sehari dalam 3-5 gb sahaja. Kalau korang nak tahu Faries ni sejenis heavy internet user. Memang semua benda nak live update sepanjang di Korea. Boleh upload story, gambar, video tanpa sebarang masalah. Pasal scroll Tiktok lagilah kerap sangat. Untuk pengetahuan korang, 1 peranti boleh digunakan oleh 5 orang. Ketahanan bateri pula up sehingga ke 9-10 jam. Korang boleh bawa power bank untuk charge kalau perjalanan korang sehari lebih dari 10 jam. Mudah bukan!

Korang memang wajib dapatkan travel wifi daripada Travel Recommends. Bukan setakat boleh jimatkan duit malah sangat membantu memudahkan penggunaan internet semasa berada diluar negara. Faries akan travel ke beberapa negara lagi dalam masa terdekat dan pasti akan menggunakan Travel Recommends. 

Terima kasih terima Travel Recommends!

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ...

https://www.travelrecommends.com/my 

Atau

No comments: