Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sudah tentunya ianya menjadi tempat dimana kebanyakkan memori indah yang dialami di dalam hidup kita tercipta, dan semestinya sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawah dan beraktiviti.Maka memang benarlah kata pepatah lama turun temurun tentang “Rumahku Syurgaku”.
Sebab tu kita perlu menitikberatkan bukan sahaja kebersihan, malah bauan persekitaran yang membangkitkan lagi rasa kasih sayang antara ahli keluarga.Kalau dah ruang tamu rumah pun tidak dapat memberikan ketenangan, mana lagi kan tempat yang sesuai untuk anak-anak dan keluarga berkumpul.Biar rumah kita tak besar, tapi cukuplah ia selesa dari segi susun atur perabot dan juga wangian rumah yang membangkitkan rasa keterujaan kita setiap kali balik dari kerja atau sekolah.
Tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang utnuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan.
Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.
Wangian Fabrik
SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité
Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruang peribadi, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh dariapda kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih
SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds
Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.
SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony
Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.
Wangian Kereta
SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby
Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi
SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet
Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.
SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony
Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.
SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari atau hubungi,
Untuk maklumat lanjut, boleh layari atau hubungi,
3 comments:
Wangi samgat ni.. haruman dari Scentify memamg wangi kekal lama ..
Wangi..mmg suka brand Enchanteur
Seriussss wangi...mmg Enchanteur semua best, fav Sally yg Yuzu-licious Bouquet tu utk kereta!!
Post a Comment