Wednesday, March 6, 2024

Buffet Ramadan Review 2024: Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall, Ara Damansara

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Buat julung-julung kalinya Grand Pacific Ballroom yang terletak di Tingkat 3 Evolve Concept Mall Ara Damansara menganjurkan bufet ramadan bagi tahun 2024. Tema buffet ramadan pada tahun ini ialah "Selera Orang Kita" sudah tentu menu-menu yang dibawakan lebih kepada menu tradisional melayu. Untuk pengetahuan semua, Dewan GBP ini boleh memuatkan 700 orang dalam satu-satu masa ini sememangnya sentiasa menjadi pilihan majlis-majlis korporat dan keraian masyarakat setempat.Dari segi akses memang sangat mudah memandangkan Evolve Concept Mall terletak bersebelahan dengan stesen LRT Damansara. Jika datang bersama kenderaan sendiri juga tiada masalah. Ini kerana Evolve Concept Mall jiga lengkap dengan fasiliti seperti ruang tempat kereta yang banyak. Terdapat juga tandas yang bersih dan surau yang selesa di Tingkat 2.


Tarikan Istimewa 

Terdapat lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.

Ada nasi dan pelbagai lauk pauk kampung. Terdapat juga nasi kenduri dengan pelbagai lauk pauk menarik seperti ayam masak merah, daging masak hitam, nasi minyak dan pelbagai lagi.








Terdapat juga gerai kambing dan ayam bakar, kuih muih tradisi, bihun sup, pasta, cendol sawit, minuman panas serta sejuk dan pelbagai lagi.














Harga Buffet

Berkenaan harga, GPB menawarkan harga istimewa dimana:

*Bagi setiap hari Isnin hingga Khamis telah dikhaskan kepada syarikat-syaikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang, dengan pakej harga RM78 seorang. 

*Manakala untuk Jumaat hingga Ahad, iftar Ramadhan terbuka kepada semua dengan harga 

Dewasa: RM88
Kanak-Kanak:  RM48 
Warga Emas dan OKU: RM68

Tambahan lagi, bagi Early bird RM78 sah sehingga 11 Mac dan juga untuk pembelian minima 200pax


Pakej Perkahwinan

Grand Pacific Ballroom turut menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system dan emcee, serta adanya event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan.

Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej adalah bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.

Tambahan lagi, Ballroom ini juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat , perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian.


Jadi apa tunggu lagi? Jom bawa kawan-kawan, kenalan serta orang tersayang kesini. Memang puas hati dengan makanan-makanan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari:


atau hubungi

013 610 1329 – Fazi 
016 8734032 – Khairul
017 3201292 – Adibah

IG/FB : buffet Ramadhan 2024 , khmwedding, mak ngah catering
Tiktok : buffetramadhan2024

Lokasi: 

Evolve Concept Mall Pacific Place, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

#GrandPacificBallroom

No comments: