Monday, July 1, 2024

AEON Memperkenalkan Urban Explorer by STADS Volume 2 Diseluruh Cawangan Bermula Julai 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Baru-baru ini, Faries berkesempatan menghadiri ke Majlis Pelancaran Pakaian  Jenama STADS Volume 2 yang bertempat di AEON Cheras Selatan. Buat peminat pakaian untuk hiking or lakukan aktiviti ni mesti tahu akan jenama ini dan dah explore volume sebelum ini. Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak koleksi menarik untuk Volume 2 kali ini. Jom teruskan membaca....

Stads merupakan hasil rekaaan pereka yang namanya giat naik iaitu En Miptah Alfarizhi. Beliau merupakan anak kelahiran Indonesia yang telah menembusi pasaran di Malaysia melalui jenama pakaiannya Stads. Stads telah mula dijual di seluruh pasaraya AEON sejak awal March tahun ini. Kejayaan Volume 1 menjadi pemangkin semangatnya untuk mengeluarkan koleksi Volume 2 pula.'


Stads merupakan koleksi pakaian yang mengetengahkan konsep Urban Explorer. Fungsinya yang pelbagai dan unisex, sesuai untuk dipakai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira bansa, agama dan usia. Rekaannya mengetengahkan fleksibiliti di dalam setiap koleksi. Ia boleh dipakai untuk melakukan aktiviti lasak mahupun aktiviti bersantai. Sangat bersahaja dan cantik !


Pilihan warnanya pula bersikap earthy menjadikan koleksi Stads ini nampak bergaya dan estetik untuk dipakai ketika melakukan aktiviti bersukan dan mempunyai vibe-vibe alam sekitar dan natural. Oleh itu bolehlah dipakai ketika melakukan aktivitti riadah seperti hiking mahupun camping. Suka dengan fungsi pakaian Stads untuk Volume 2 ini yang mana ia boleh transform kepada satu pakaian yang berbeza dan sekaligus menukar imej secara keseluruhan.


Materialnya yang tahan lasak dan tidak perlu digosok, menjadi satu point tambahan dalam menjadikan Stads satu jenama pakaian untuk akivitisukan dan lasak. Gaya hidup di arus permodenan ini haruslah seiring berkembangnya dengan dunia fesyen. Dan itulah yang menjadi inspirasi utama En Miptah Alfarizhi dalam menhasilkan jenama Stads ini.

Bersama pengasas Jenama Stads, En Miptah



Nak tahu lebih lanjut, boleh layari:





No comments: