Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, Faries datang ke showroom perumahan Bayu Sutera yang dibangunkan oleh Matrix Concepts terletak di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan. Dibawah Bayu Sutera, terdapat pelbagai unit perumahan antaranya LYRA II, IZARA, ELONIA 3 dan MELORA. Unit perumahan yang Faries pergi ialah unit 'Melora'..
Untuk pengetahuan semua rumah ini berstatus hakmilik kekal, Bayu Sutera dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara:
2,498 kaki persegi dengan saiz lot 20'x75' dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air.
Keluasan rumah ini dapat memberi keselesaan terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga. dan juga dapat memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza setiap pemilik kediaman. Selain itu, rumah ini berkonsepkan smart homes features yang sudah tentu serba canggih dan selamat.
Jom kita lihat lebih details unit Melora ini:
Aksesesibliti dan Kemudahan
Antara faktor lain mengapa projek perumahan Bayu Sutera ini menjadi pilihan adalah disebabkan aksesibiliti yang cemerlang. Ini terutamanya akses untuk ke kawasan perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Tambahan pula, jarak ke KLIA daripada Sendayan hanya dalam 30km sahaja.
Ianya juga terletak berhampiran dengan d’Tempat Country Club yang dibina di atas 6.33 ekar landskap hijau. Kelab rekreasi yang mesra keluarga ini menawarkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk penduduk Sendayan. Selain itu, suasana perumahan di sini sangat tenang dan cukup privasi. Memiliki kawasan rekreasi dan taman permainan membolehkan setiap penghuni kediaman melakukan aktiviti santai seperti riadah, piknik dan sebagainya.
Berita Baik Untuk Pembeli
Kini, Matrix Concepts melancarkan satu kempen iaitu "Matrix Bumi Kempen". Buat anda yang sedang mencari rumah, ini adalah masanya kerana di Matrix Bumi Kempen pelbagai offer diberikan seperti
- Penjimatan Hebat sehingga RM 150K
- Bayaran Bulan rendah sehingga RM2,083*
- Miliki rumah anda dengan hanya RM300!
- Bukan itu sahaja, Pembiayaan penuh sehingga 100% dari bank terpilih
- Kadar Pembiayaan Rendah
- keahlian d'Tempat Country Club sehingga 5 tahun *Tertakluk terma*
- Kediaman dilengkapi dengan Smart Homes Features
- Percuma broadband internet services
Menarik Bukan? Apa yang pasti Bayu Sutera adalah pilihan terbaik bagi kita yang mencari rumah kediaman impian dan pada masa yang sama boleh jalani gaya hidup sepertimana yang diinginkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bayu Sutera atau Matrix Bumi Kempen, boleh layari laman web:
https://officialsendayan.com/
No comments:
Post a Comment