Sunday, December 8, 2024

Choco Albab Menyambut Ulang Tahun Ke -3 Serta Pelancaran Produk Baru Keluarannya 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini, Faries menghadiri sambutan ulang tahun Choco Albab, jenama coklat tempatan yang semakin dikenali, dengan bangga meraikan Sambutan Ulang Tahunnya yang Ke-3 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan,tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.

Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi ketika berkongsi kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini berkata, misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. 

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.Ia katanya adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan.

"Inspirasi saya hanya satu, bulatkan azam dan melangkah terus ke hadapan berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan. Saya gunakan setiap ilmu yang saya pelajari dan aplikasikannya di Choco Albab. Bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk orang ramai. Bersama berkongsi rezeki dan menjana pendapatan," 

Untuk pengetahuan semua, ketika memulakan perniagaan Choco Albab pada tiga tahun lalu, bukankekayaan peribadi yang ingin dicari Said Saiful tetapi bagaimana ingin membantu lebih ramai rakyat dapat menjana pendapatan. Justeru itu, melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikankomisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus, yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia. Said Saiful ingin membawa sebanyak mungkin rakyat menjana pendapatan dengan Choco Albab dan memberikan mereka kebahagiaan yang luar biasa.

Choco Albab sediakan platform untuk semua orang buat pendapatan, terutamanya golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal dan belia. Ia adalah salah satu cara menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig. Tidak memerlukan modal yang besar, yuran penyertaan yang rendah selain agen tidak perlu membeli dan menyimpan produk. Pada 2025, mereka sasarkan 200,000 usahawan bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor  1.


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.



Bukan itu sahaja, mereka juga menyampaikan hadiah sebuah kereta Proton X70 kepada pemenang cabutan bertuah bersempena dengan kempen yang dijalankan oleh choco albab sebelum ini ini jualan jom heboh di pelbagai negeri. Bertuah betul adik ni dan mungkin rezeki kahwin mereka.


Jadi untuk korang yang ini dapatkan rangkaian produk atau sertai choco albab sebagai usahawan mereka boleh layari:





No comments: