Friday, January 31, 2025

Buffet Ramadan Review 2025: Putrajaya Marriot Hotel Menawarkan Buffer Ramadan Bertemakan Merentasi Tradisi

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Rasa macam baru je habis bulan ramadan tahun lepas dan dah datang bulan ramadan bagi tahun 2025. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan pergi merasai Buffet Ramada di Putrajaya Marriot Hotel. Kalau korang nak tahu, sini adalah tempat favourite Faries tiap tahun untuk buffet ramadan. Nak tahu apa yang menarik?

Bagi tahun 2025 ini, menurut Chef Zul yang merupakan ketua chef di Marriot Putrajaya Hotel ini, beliau berkata ' Ramadan adalah sangat istimewa buatnya dan ini masanya untuk dia dan team akan menyediakan makanan yang sangat menarik dibulan yang suci ini'

Persembahan Kebudayaan

Antara menu menarik yang ada dekat sini ialah Nostalgia 7 Kawah,  Kambing Bakar, Mee Kari, Kuey Teow, Mee Mamak, Ayam Penyet, Asam Pedas, Mee Rebus Lamb Gear Box. Benda yang paling menarik ada booth khas makanan dari Japan dan ada wagyu grill. Sedap sangat.




  

Selain daripada itu, mereka juga menyediakan pilihan makanan antaranya Seafood on Ice Selection, DIY salad, Thai Corner ( Tod Mun Pla, Yum Talay, Som Tam and Iconic Tom Yam Sup. Sup Beraneka, Soto Ayam, Bubur Lambuk, Lotus Root Sup, Sup Cendawan, Rojak Segala Rojak, Rojak Pasembur, Gado-Gado dan boleh menikmati durian sepuas-puasnya dimana booth disediakan diluar.



  

  

  

  

Jom kita lihat harga yang ditawarkan.

Zest Lifestyle Restaurant

2 March 2025 sehingga 30 March 2025 
Bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam

Harga Buffet:

Early Bird

Dewasa: RM 168 nett
Kanak-Kanak: RM 84 nett

Harga Biasa

Dewasa: RM 218 nett
Kanak-Kanak: RM 109 nett

Untuk korang yang masih tercari-cari nak bawa kawan-kawan, keluarga, rakan kerja untuk berbuka semasa bulan puasa nanti, disini Putrajaya Marriot Hotel adalah salah satu pilihan terbaik. Korang akan rasa puas hati dengan menu yang ditawarkan. Worth of money orang kata.

Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang tempahan, korang boleh hubungi terus

03 8984 8888 ext. 1888 atau Whatsapp +6011-5685 5608

Atau layari

www.marriotputrajaya.com



No comments: