Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Antara room amenities yang ada adalah seperti berikut:
Queen Bed (Room)
*Bathtub and shower separate
*Lighted makeup mirror
*Desk, writing / work, electrical outlet
Set Lengkap Coffee and Tea |
Hotel Marriott Putrajaya menawarkan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan semua golongan. Faries sempat meluangkan masa di kolam renang infiniti yang luas dan bersih. Di kawasan kolam kanak-kanak terdapat mini waterpark yang sangat cantik. Sesuai untuk semua golongan sebab Faries pun turut cuba main slide pink dekat sini. Overall experience memang best.
Selain itu, disini juga terdapat kemudahan Jacuzzi dan sauna untuk korang rasa. Best duduk dalam pool yang ada jacuzzi tu. Tenang betul rasanya. Masa Faries datang memang tak ada orang pun. Sangat worth untuk korang cuba.
Tempat Makan
Untuk makanan, kami menikmati sarapan buffet di restoran utama hotel ini. Pilihan makanan untuk breakfast sangat pelbagai. Korang nak apa je? Semua ada. Faries paling suka roti canai dan paling best, setiap hari menu breakfast akan berubah. Jadi kalau korang menginap lama disini tak ada lah rasa bosan dengan menu yang sama. Untuk keseluruhan menu breakfast Faries boleh bagi 4/5! Memang best.
Chinese Restaurant
Untuk korang yang nak rasa atau minat dengan hidangan Chinese Cuisine, korang boleh cuba Chinese Restaurant yang terletak di Main Lobby yang dipanggil nama Summer Palace. Makanan dia boleh tahan dan sesuai dengan rasa local. Dekat sini menu disediakan secara ala carte. So korang boleh pilih je.
Japanese Restaurant
Kami menikmati makan malam di Restoran Japanese yang dipanggil MIDORI. Hidangan yang disediakan disini jenis buffet dan korang boleh makan sampai kenyang. Ada sushi, shasimi, ramen sup dan banyak lagi. Kalau korang memang suka makanan Japan memang sesuai. Sangat berbaloi. Wagyu dia sedap sangat.
Aktiviti di Sekitar Hotel
Selain menikmati kemudahan di hotel, korang juga boleh melawat tempat menarik berhampiran seperti IOI City Mall yang hanya beberapa minit dari hotel. Shuttle percuma disediakan setiap satu jam untuk korang kesana. Selain itu, lokasi hotel ini sangat strategik, memudahkan kami untuk menjelajahi Putrajaya dan kawasan sekitarnya.
Secara keseluruhan, pengalaman menginap di Hotel Marriott Putrajaya sangat memuaskan. Dari bilik yang selesa, makanan yang lazat, hingga layanan kakitangan yang mesra, semuanya memberi nilai tambah kepada percutian kami. Buat korang yang mencari tempat penginapan mewah dengan perkhidmatan terbaik di Putrajaya, Faries sangat recommend untuk korang menginap di Putrajaya Marriott Hotel ni,
Hotel ini bukan sahaja memenuhi jangkaan tetapi juga melebihi apa yang Faries harapkan. Kami pasti akan kembali ke sini jika berpeluang!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh layari terus:
https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulpg-putrajaya-marriott-hotel/
No comments:
Post a Comment