Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Untuk pengetahuan korang semua, hotel ini berkonsepkan ala-ala Eropah. Maklumlah nak duduk kat kawasan puncak tinggi dikelilingi kabus pagi. Parking hotel pun banyak dan percuma sahaja untuk tetamu hotel jadi tak perlu nak risau. Dah siap urusan check in kami pun terus masuk kat bilik. Waktu check-in jam 3.00 petang dan check-out jam 12.00 tengah hari.
Masuk sahaja bilik memang tergamam tengok bilik yang kemas dan cantik. Luas tu memang lah sebab Family Suite kan besar, dengan adanya katil untuk empat orang. Ia bilik dengan katil saiz king satu kat bawah manakala ada katil tingkat atas yang boleh muatkan tilam queen. Kalau datang bercuti atau berehat-rehat nak naik genting ngan keluarga sini sangat recomended. Boleh pilih hotel ni.
Dalam bilik hotel ada kemudahan cerek elektrik, penyaman udara dikawal secara individu, peti keselamatan dalam bilik, seterika dan papan seterika, jubah dan selipar mewah, TV LCD Pintar skrin rata 55 inci, hidangan dalam bilik percuma dan Mesin kopi. Wifi kat dalam bilik pun laju and boleh nak serve internet.
Bilik air tak nak mengalah memang cantik luas. Ada cermin yang besar, pastu ada pengering rambut, bilik mandi dengan bilik pancuran mandian berasingan, peralatan mandian eksklusif. Kalau nak memerut dalam bilik air sangat puas.
Satu lagi yang Faries sangat suka hotel ni kerana ia memberi kebebasan kepada semua tetamu untuk nikmati pemandangan indah dan tenang dari ruang balkoni yang besar dan cantik. Kat situ boleh OOTD dan juga melihat serta merasai kesejukkan sebenar di genting. Bangun pagi boleh lihat kabus yang menebal dari balkoni tu memang best pengalaman seronok yang tiada kat hotel lain.
Macam biasa hotel akan ada gymnasium and kolam renang. Kat sini kolam renangnya special kerana ada sebelah dengan Cabana Cafe aras satu hotel. Mandi dengan suasana terbuka dan air yang suam-suam sebab dah sejuk kat sanakan. Lepas penat mandi boleh terus order makanan gituwwww. Kat kafe ini juga akan dihidangkan untuk buffet Sahur atau sarapan pagi. Bangun sahur tu memang tak nampak keliling penuh dengan kabus sejuk weiiii..
Macam biasa hotel akan ada gymnasium and kolam renang. Kat sini kolam renangnya special kerana ada sebelah dengan Cabana Cafe aras satu hotel. Mandi dengan suasana terbuka dan air yang suam-suam sebab dah sejuk kat sanakan. Lepas penat mandi boleh terus order makanan gituwwww. Kat kafe ini juga akan dihidangkan untuk buffet Sahur atau sarapan pagi. Bangun sahur tu memang tak nampak keliling penuh dengan kabus sejuk weiiii..
Buffet Iftar Kayangan
Buat korang yang ambik pakej iftar kayangan ini, lepas korang check in, dah boleh prepare untuk pakej Iftar untuk 2 pax. Pelbagai pilihan makanan disedia disini. Antaranya, Kambing golek, satay, asam pedas original Melaka, pelbagai jenis lauk pauk. Selain itu, nasi arab, sup tulang..... Tak dilupakan pelbagai pilihan untuk pencuci mulut turut disediakan...
Buffet Sahur
Penginapan Iftar Kayangan
Tempahan dan pertanya terus hubungi hotel:
Laman web: www.georesort.my
Tel/Whatsapp: 03-9213 0838 / 019-212 2838
No comments:
Post a Comment