Asalamualaikum and hello everyone !
Percutian ke India bersama kawan-kawanku dh berlalu almost 2 years dah tapi sekarang baru rasa ada masa nak kongsikan pahit manis sepanjang percutian kami disana. Aku ke sana bersama kawan baik aku iaitu Zharif dan juga Adi dengan tujuan asal untuk melawat kawan kami yang sedang dalam pengajian Medic di sana. Tup tup terbook tiket untuk 2 minggu pulak. Perancangan kami ni 1 tahun sebelum terbang dh beli tiket iaitu awal Januari 2015 dari Kuala Lumpur Ke Bangalore yang berharga RM 500 untuk pergi dan balik (Tidak termasuk luggage).Bagi aku ianya sangat murah kalau nak dibandingkan tiket yang di beli oleh kawan aku iaitu Adi beli tiket last minute sebab beliau tidak dapat pastikan tarikh cuti yang sebenar kerana masih dalam mood pengajian pada masa tersebut. Tiket yang dibeli oleh Adi berharga lebih kurang RM 1000. Berbeza sangat almost 500 tetapi ada baik dan buruknya membeli tiket awal atleast walaupon beli last minute beliau dah confirm masa untuk bercuti adalah waktu paling available untuk dia pergi nk dibandingkan pastikan waktu available untuk satu tahun sebab kita tak tahu pon apa yang akan berlaku pada tarikh tersebut (Kalau tak dpt pergi ,tiket kira burn yer) Hahahaha
Perfect Shot <3 |