Friday, March 30, 2018

Sembang Santai bersama TPM -Road To Agro Tourism Edisi Khas Bagan Datuk, Perak

Asalamualaikum and Hello Everyone !


Baru-baru ini, saya telah menyertai program jelajah ke Bagan Datuk bersama  rakan-rakan blogger dan media mainstream yang dibawakan khas oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Program Road To Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk diadakan adalah  untuk memperkenalkan serta mempromosi destinasi menarik agro dimana pelancongan agro  masih belum berkembang seperti sektor pelancongan yang lain. Selain itu, Bagan Datuk merupakan tempat dimana asalnya YAB berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.Program ini adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia  (MTC) dengan kerjasama  Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.



Tuesday, March 13, 2018

Percutian Menyeronokkan di India Part 1 ( Delhi )



Asalamualaikum and hello everyone !

Percutian ke India bersama kawan-kawanku dh berlalu almost 2 years dah tapi sekarang baru rasa ada masa nak kongsikan pahit manis sepanjang percutian kami disana. Aku ke sana bersama kawan baik aku iaitu Zharif dan juga Adi dengan tujuan asal untuk melawat kawan kami yang sedang dalam pengajian Medic di sana. Tup tup terbook tiket untuk 2 minggu pulak. Perancangan kami ni 1 tahun sebelum terbang dh beli tiket iaitu awal Januari 2015 dari Kuala Lumpur Ke Bangalore yang berharga RM 500 untuk pergi dan balik (Tidak termasuk luggage).Bagi aku ianya sangat murah kalau nak dibandingkan tiket yang di beli oleh kawan aku iaitu Adi beli tiket last minute sebab beliau tidak dapat pastikan tarikh cuti yang sebenar kerana masih dalam mood pengajian pada masa tersebut. Tiket yang dibeli oleh Adi berharga lebih kurang RM 1000. Berbeza sangat almost 500 tetapi ada baik dan buruknya membeli tiket awal atleast walaupon beli last minute beliau dah confirm masa untuk bercuti adalah waktu  paling available untuk dia pergi nk dibandingkan pastikan waktu available untuk satu tahun sebab kita tak tahu pon apa yang akan berlaku pada tarikh tersebut (Kalau tak dpt pergi ,tiket kira burn yer) Hahahaha

Perfect Shot <3

Sunday, March 11, 2018

Degree Life Universiti Teknologi Mara ( UITM )

Assalamualaikum and hello everyone!

Tahun 2018 merupakan tahun terakhir abam untuk menghabiskan sisa baki  my degree. Setelah 2 tahun lebih berlalu baru nk update kan . Busy maklumlah..Abam rasa orang yang rapat dengan abam sudah sedia tahu yang abam telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di UITM Selangor  kampus Puncak Alam. Abam pada awalnya x sangka diterima masuk oleh UITM sebab dulu masa diploma penah juga apply tapi direject mentah2 uolsss. HAHAHA


Sumber : Goole Image